News

177 Tuntutan Daripada Kesemua Parti Politik : Muhyiddin Perlu Budget RM 500 Billion Dan Hutang Negara Daripada 55% Akan Meningkat Kepada 95%

Budget tahun 2020 adalah RM297 Billion. Kita hanya mengambil angka ini sebagai benchmark pemulaan untuk budget tahun 2021. Daripada angka ini hutang negara mengikut GDP adalah sekitar 55%. . Sekirannya untuk menampung peruntukan sebanyak RM 500 Billion maka angka ini akan mencecah hutang negara sekitar 95% .

Sekirannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menerima cadangan daripada setiap pihak maka berapakah jumlah budget yang dianggarkan ?

Kita juga tahu setakat ini sahaja sudah memiliki lebih daripada 170 cadangan dikemukakan dalam sesi konsultasi parti politik bersama Kementerian Kewangan.

Cadangan Najib – Pengeluaran RM 10 000 Akaun 1 – RM 145 Billion

Setakat ini terdapat 14,587,811 jumlah ahli EPF dan daripada jumlah ini 7,626,262 merupakan pencarum aktif. Sekirannya kerajaan menerima cadangan Najib untuk membenarkan ahli EPF mengeluarkan sebanyak RM 10 000 daripada akaun 1 maka 14,587,811 akan berjumlah sebanyak RM 145 Billion

Belanjawan 2021: PH kemuka enam cadangan kepada Kementerian Kewangan

Jumlah Yang Dinyatakan RM 31.4 Billion

Jumlah Tidak Dinyatakan : Meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan untuk COVID-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD).

RM 13 Billion : Subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti program [email protected] yang menyediakan insentif untuk tempoh dua tahun kepada majikan dan pekerja berharga RM13 bilion.

Jumlah Tidak Dinyatakan : : Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan. ( Jumlah tidak dinyatakan )

Jumlah Tidak Dinyatakan : Memperkasakan perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur.

RM12 Billion : Meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana dijanjikan kerajaan sehingga krisis COVID-19 berakhir.

RM 6.4 Billion : Monotorium Bank Sampai March 2021

Belanjawan 2021: Pemuda UMNO kemuka 10 cadangan

READ ALSO  MALAYSIA: Sexy Controversial Girl Publicly Revealed Her Boyfriend Cheated On Her, Ended Up Broke Up With Her Boyfriend

Jumlah Yang Dinyatakan RM 11.4 Billion

RM 600 Juta : Mencadangkan pemberian yuran percuma kepada pelajar universiti awam dan e-wallet bulanan sebanyak RM50 selama 12 bulan untuk pembelian data telefon mudah alih bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian

( Anggaran 1 Juta Pelajar – RM 50 x 1 Juta = RM 50 Juta x 12 Bulan = RM 600 Juta )

Jumlah Tidak Dinyatakan : Bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) melalui cadangan untuk melonggarkan syarat pinjaman dan memudahkan proses pinjaman perniagaan di Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp atau mana-mana agensi berkaitan

RM 7.94 Billion : “Kerajaan disarankan memberi bantuan geran RM5,000 kepada syarikat melalui Geran Khas Prihatin Perniagaan (GKP) di samping insentif subsidi upah RM600 sebulan selama 12 bulan kepada syarikat yang menggaji graduan dan belia yang diambil bekerja,” katanya.

( Setiap tahun 200,000 graduan dihasilkan. 200 000 Graduan x RM 600 X 12 = RM 1.44 Billion )

( Sekitar 1.3 Juta Syarikat Berdaftar Di Malaysia . 1.3 Juta x RM 5000 = RM 6.5 Billion )

Jumlah Tidak Dinyatakan : Bayaran khas bulanan kepada penjawat awam barisan hadapan sehingga berakhirnya wabak Covid-19

Jumlah Tidak Dinyatakan : Meningkatkan geran latihan semula kepada pekerja sektor yang terjejas seperti perhotelan dan penerbangan untuk membantu mereka mendapat pekerjaan di sektor lain.

RM 2.5 Billion : Meminta pemberian khas sekurang-kurangnya RM500 kepada ibu bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun 2021

( Sekitar 5 Juta pelajar daripada pelajar prasekolah , sekolah rendah dan sekolah menengah )

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris

Jumlah Tidak Dinayatakan : Anggaran Kasar RM 15 Billion

  1. Memberikan bantuan secara “one-off” kepada ibu bapa pelajar untuk meringankan beban perbelanjaan persekolah sesi hadapan.
  2. Disebabkan ramai bekerja dari rumah, kerajaan wajar meneruskan Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil letrik hingga Disember 2021.
  3. Memberi diskaun bil air terutamanya di Selangor di mana lebih 1.2 juta isi rumah yang terjejas bekalan air.
  4. Memberi diskaun yuran IPTA dan IPTS sebagai bayaran ganti rugi kepada mahasiswa.
  5. Meningkatkan bantuan atau insentif kepada pekebun kecil dan nelayan seperti baja dan input pengeluaran untuk memperkasakan ekonomi luar bandar.
  6. Memberikan “swab test” percuma kepada keluarga B40 di mana-mana hospital swasta untuk meringan beban KKM.
  7. Setiap keluarga B40 diberikan bekalan pelitup muka untuk kegunaan anak-anak di sekolah bagi meringankan beban ibu bapa.
  8. Menyelaraskan agar semua PBT di Malaysia memberikan diskaun cukai pintu dan cukai tanah.
  9. Meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti bagi membentung penularan Covid-19.
  10. Meningkatkan peruntukan bagi biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA dan JPA.
  11. Melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN hingga Disember 2021.
  12. Memperbanyakkan lagi projek perumahan mampu milik dan kos rendah terutamanya di kawasan bandar untuk merancakkan pemilikan rumah bagi golongan muda.
  13. Menambah peruntukan untuk pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan.
  14. Melonggarkan syarat pinjaman serta memudahkan proses pinjaman perniagaan di Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Corp untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS).
  15. Meningkatkan peruntukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memperkasakan usaha melindungi sempadan negara.
READ ALSO  Woman Vents Frustration Over Family's Smoking Habits, Blaming Them For Child's Deteriorating Health

Konklusinya

UMNO dahulu sudah pernah menjadi kerajaan dan ketika Pakatan Harapan meminta pelbagai tuntutan , cadangan dan janji maka naratifnya adalah kerajaan akan bankrap sekirannya melaksanakannya.

Pakatan Harapan bersama DAP sebagai Menteri Kewangan juga pernah menjadi kerajaan. Pakatan Harapanlah yang memberi naratif pada ketika itu Hutang negara pada 55% sudah akan bankrap tetapi kini pula meneruskan lagi dasar populis demi kepentingan politik peribadi yang mana mereka sendiri tidak mampu laksanakan.

Apa akan jadi kepada negara sekirannya hutang negara mencecah 95% ? Jangan asyik guna nama rakyat dan kepentingan rakyat demi populariti individu dan parti politik masing – masing. Tidak mungkin budget dapat memuaskan hati setiap pihak. Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab adalah kerajaan yang rasional.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − ten =

Most Popular

To Top