News

DNB : Kabinet Membuat Keputusan Yang Tepat

Akhirnya teka-teki status Digital Nasional Berhad (DNB) terjawab apabila Jemaah Menteri memutuskan DNB kekal tanpa diganggu gugat oleh pesaing yang sudah melobi secara radikal. Keputusan kabinet Ismail Sabri menyatakan konsep Single Wholesale Network (SWN) – Rangkaian Borong Tunggal diaplikasikan sepenuhnya. Manakala konsep Dual Wholesale Network (DWN) ditolak sebulat suara.

Ini adalah satu keputusan yang berani. Setelah diasak oleh telco bertubi-tubi tindakan kerajaan mempertahankan anak syarikat Kementerian Kewangan adalah satu langkah tepat. Ini kerana kemenangan Ericsson dalam tender tersebut adalah secara merit kelayakan.

Sebenarnya, ia tidak layak pun di ‘revise’ semula memandangkan Eriscson telah melalui proses yang betul dan bersih. Namun, ianya dilakukan demi menjaga hati pihak telco yang secara kesatuan mempertikaian keputusan DNB sebelum ini.

Ericsson memang dikenali pendahulu dalam teknologi 5G. Terhindar daripada sebarang kontroversi dari isu keselamatan digital. Amat tepat DNB memilih Ericsson sebagai pembangun tunggal. Tindakan kabinet juga amat bijak. Mereka belajar dari kesilapan lalu.

Ketika kerajaan Tun membatalkan projek High Speed Rail (HSR), kerajaan terpaksa membayar pampasan RM320 juta. Pada ketika itu juga pelabur menarik ‘hand-brake’ untuk menanam modal ke-dalam Malaysia kerana kerajaan sewenang-wenangnya membatalkan projek mega. Ini satu risiko besar kepada pelabur antarabangsa.

Kali ini, kabinet membuat keputusan “mesra-pelabur”. Apabila DNB dikekalkan oleh kabinet, ini menandakan kerajaan konsisten mempertahankan polisi tanpa tunduk kepada mana-mana tekanan. Pelabur dunia kembali membuka mata mensasarkan Malaysia sebagai prospek nombor satu di ASEAN.

Sekiranya kerajaan flip-flop dalam keputusannya, ia pasti akan melewatkan penyediaan projek 5G. Ini kerana 30 peratus projek ini memang sedang berjalan lancar. 5G ini dijangka akan menyumbang RM650 bilion kepada negara sehingga tahun 2030.

Ia akan merangsang kecanggihan sektor pembuatan, industri, perubatan dan pendidikan tinggi. Syarikat antarabangsa dari luar juga akan memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka sebagai pelopor industri 5G di rantau Asean.

Keputusan kerajaan menolak DWN juga turut memberikan hukuman dan pengajaran kepada TELCO atas kegagalan mereka membangunkan rangkaian 4G kepada masyarakat. Hingga isu jurang digital melebar jauh. Rakyat akan mempunyai pilihan dan alternatif kepada penyediaan rangkaian 5G di Malaysia.

Walaubagaimana pun, Telco tetap ditawarkan pegangan ekuiti dalam DNB dari 30 peratus hingga 70 peratus berdasarkan model perkongsian awam-swasta.

Namun, idea pegangan ekuiti oleh Telco disambut dingin oleh syarikat telekomunikasi yang berorientasikan keuntungan ini. Adakah kerana keputusan kerajaan ini tidak menyebelahi mereka? Mengapa? Apapun, Tahniah kerajaan kerana membuat keputusan menyebelahi rakyat.

Most Popular

To Top