News

Bantu Uighur, Boikot Import Dari Xinjiang

Bantu Uighur, boikot import dari Xinjiang

Negara Islam seperti Malaysia perlu ambil pendekatan yang lebih konkrit dan signifikan bagi menyuarakan dan memanifestasikan bantahan kita terhadap layanan pemerintah China yang dikuasai Parti Komunis China ke atas masyarakat Islam Uighur di Wilayah Xinjiang.

Malangnya sehingga kini, kerajaan Malaysia gagal memberikan tekanan kepada pemerintah China atas kezaliman regim Parti Komunis China ke atas mesyarakat Islam Uighur di wilayah berkenaan.

Beberapa organisasi media utama dunia seperti New York Times, CNN, AlJazeera dan TRT pada November tahun lalu sudah membuat pendedahan terhadap sebuah fail yang mengandungi ratusan foto tahanan Uighur bertajuk “The Xinjiang Papers” serta layanan yang mereka terima di kem tahanan.

Pendedahan melibatkan dokumen setebal 400 mukasurat itu mendedahkan jutaaan warga Uighur tahanan di kem “pendidikan semula” secara paksa. Ada juga laporan yang membuktikan mereka yang ditahan dijadikan sebagai buruh paksa demi menyokong pertumbuhan pesat ekonomi negara China.

Malangnya isu ini gagal mendapat perhatian dunia, termasuk kerajaan Malaysia yang diam membisu.
Oleh itu kami menyeru rakyat dan sektor pernigaan pula yang membuat tindakan drastik dengan menyokong kempen memboikot import dan pembelian barangan yang dibuat dari Xinjiang, terutamanya yang dihasilkan dalam kem-kem tahanan paksa yang menempatkan tahanan Uighur ini. Syarikat Malaysia harus secara sukarela membuktikan dan mengisytiharkan bahawa produk mereka atau komponen produk mereka tidak dihasilkan oleh tahanan dan buruh paksa di Xinjiang.

Malaysia perlu menghantar mesej yang jelas bahawa kita enggan lagi bertorensi dan menyokong penggunaan buruh paksa dan jenayah kemanusiaan oleh Parti Komunis China di Xinjiang. Malah perkara ini bukan perkara asing. Secara spesifik, kerajaan Amerika Syarikat sudah menguatkuasakan arahan larangan import dari kem buruh paksa Xinjiang sejak 21 Jun lalu, yang mana arahan ini sudah menampakkan perkembangan positif.

Malah beberapa 83 jenama dunia sudah melakukan tindakan proaktif dengan memindahkan kilang mereka keluar dari Xinjiang. Jenama-jenama lain seperti Nike, Adidas, Samsung, BMW dan Uniqlo sudahpun mengeluarkan kenyataan respons mereka mengenai ikrar mereka untuk tidak menyokong pemerasan dan penginiayaan terhadap warga Uighur menerusi penggunaan buruh paksa yang dipelopori Parti Komunis China.

Syarikat GLC, Kerajaan dan agensi-agensi di Malaysia serta pengguna tempatan juga harus bertindak. Hantar mesej jelas kepada Parti Komunis China supaya hentikan penginiayaan dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap masyarakat Islam di Xinjiang.

Setiausaha
Gabungan #MalaysiaSokongUyghur
Kuantan, Pahang

Rujukan.

China: 83 major brands implicated in report on forced labour of ethnic minorities from Xinjiang assigned to factories across provinces; Includes company responses – Business & Human Rights Resource Centre (business-humanrights.org)

Most Popular

To Top