News

Calon Bebas PRU15- P110 Klang : Deepak Jaikishan Mahu Mengembalikan Kegemilangan Klang Dengan Manifesto Peduli Klang

Perebutan kerusi Parlimen Klang kali ini menyaksikan pertembungan tujuh penjuru yang membabitkan lima calon parti politik dan dua Bebas.

Salah seorang calon bebas iaitu Deepak Jaikishan memiliki karisma , idealisme dan keberanian yang tidak dimiliki oleh calon – calon yang lain.

Pakatan Harapan sudah berkuasa di negeri Selangor selama 14 tahun tetapi sehingga hari ini tiada satu solusi terhadap masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di Klang. Deepak pula dalam manifestonya memiliki idea yang bernas yang tidak pernah difikirkan mahupun dicadangkan oleh mana – mana calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

Beliau mencadangkan untuk membuat sistem saliran dan pengairan alternatif untuk mengurangkan kesan banjir yang dihadapi oleh masyarakat di Klang. Pelbagai langkah pencegahan banjir juga berjaya ditimbulkan oleh beliau dalam pengumuman manifestonya .

Sekirannya beliau dipilih oleh pengundi Klang sebagai wakil rakyat mereka maka beliau akan mendesak kerajaan negeri supaya memberikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir dalam tempoh 24 jam.

Dalam pada itu , calon DAP untuk parlimen kali ini iaitu Ganapathi Rao pula memiliki rekod lampau di kawasan lama yang beliau pernah menjadi wakil rakyat. Menurut Deepak , calon DAP ini hanya datang melawat mangsa – mangsa banjir selepas bencana berlaku banjir berlaku. Namun begitu , kesemua malapetaka ini dapat diselesaikan sekirannya pengundi di Klang memilih Deepak untuk menjadi wakil rakyat untuk parlimen Klang.

Hal ini disebabkan , Deepak berlainan dengan Ganapathi Rao dalam isu menyelesaikan banjir. Ganapathi Rao lebih berteraskan kepada hanya timbul dan wujud selepas sesuatu bencana itu berlaku dan Deepak pula mahu pelbagai langkah – langkah pencegahan dibuat sebelum banjir berlaku.

1,000 sukarelawan akan diwujudkakan dengan 20 bot penyelamat dan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan kerja menyelamat pada bila – bila masa banjir berlaku.

Calon bebas ini pula merupakan seorang calon dalam sejarah parlimen Klang yang mementingkan tentang nasib dan masa depan OKU. Sebelum ini tidak pernah mana – mana calon mahupun wakil rakyat yang memberi penekanan terhadap golongan ini. Hal ini disebabkan , untuk ahli politik golongan OKU tidak akan mampu memberikan undi yang diperlukan oleh mereka untuk menang dalam sesuatu pilihan raya.

Justeru , perjuangan Deepak tidak memiliki sifat – sifat seperti ahli politik yang kebiasannya hanya mementingkan tentang undi. Walaupun pengundi OKU di klang terlalu sedikit tetapi beliau tetap tampil untuk mempertahankan hak , keselesaan dan masa depan mereka.

Kajian Numbeo sebelum ini pernah menyenaraikan kawasan Klang sebagai “Most Dangerous City In South East Asia”. Kajian tersebut menunjukkan Klang merupakan satu kawasan yang memiliki kadar jenayah yang paling tinggi dan kadar keselamatan yang paling rendah di Asia Tenggara.

Oleh sebab itu , calon bebas PRU 15 iaitu Deepak mahu menyelesaikan masalah ini dengan mewujudkan 1,000 anggota polis bantuan untuk meronda zon jenayah tinggi 24 jam sehari.

Negara Malaysia walaupun sudah berpuluh tahun merdeka tetapi keadaan sekolah di seluruh negara masih berada dalam keadaan yang amat teruk. Pembangunan pencakar langit tidak selari dengan pembangunan prasarana di sekolah. Peruntukkan tahunan kerajaan pusat kepada sekolah setiap tahun cukup untuk menyelenggarakan sekolah yang sudah lama dan usang.

Tidak kira pada zaman Barisan Nasional , Pakatan Harapan mahpun Perikatan Nasional juga tidak berjaya menyelesaikan masalah ini yang sudah lama membelenggu kita semua.

Oleh sebab itu , Deepak memperjuangkan Geran Pendidikan tahunan sebanyak RM 300,000 untuk penyelenggaraan dan penyelenggaraan sekolah – sekolah di Klang.

Beliau juga mahu meminta jaminan bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Klang supaya nama-nama yang menjadi identiti Klang tidak ditukar demi mengekalkan sejarah. Warisan ini perlu dikekalkan demi masa depan dan generasi yang akan datang.

Dalam pada itu , beliau juga memiliki aspirasi untuk menjadikan dearah Klang HUB ESPORTS terbesar di negeri Selangor. Aspirasi ini sememangnya merupakan satu langkah yang bergerak mengikut peredaran masa dan sesuai dengna cita rassa pengundi Muda dan Belia buat masa ini. Keadaan ini juga akan akhirnya menjadikan bandar Klang sebagai pusat ekonomi yang pesat mengikut peredaran zaman.

Hal ini disebabkan industri gaming di negara Malaysia pada tahu ini sahaja sudah bernilai US$786 juta.

Natijahnya , Deepak sememangnya terbukti merupakan seorang individu yang sangat berinovasi , berkarims dan berwawasan. Pengundi Klang dalam sejarah pilihan raya sudah pernah mencuba calon daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Oleh sebab itu , pada pilihan raya kali patu mencuba nasib dengan seorang calon bebas yang memiliki banyak idea untuk membawa Klang ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan yang lebih tinggi.

1 Comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Most Popular

To Top