News

Calon DAP Klang Ganapathi Didakwa Mahu Mencetuskan Masalah Demi Menang Dalam Pilihan Raya

Klip video pendek kini yang tular di sosial media sangat berbaur perkauman yang akan mencetuskan rusuhan kaum di Malaysia. Video tersebut penuh dengan penipuan yang kononnya UMNO mahupun orang Melayu mengatakan sekirannya nampak Orang Tamil dan Ular maka Bunuh India Dahulu.

Dia juga menuduh UMNO mahu menghapuskan kaum India di negara Malaysia. Kemudiannya beliau membangkitkan Isu Ketuanan India dengan mengambil contoh demontrasi jalanan yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu.

Oleh sebab itu , kenyataan sedemikian yang bakal dan berpotensi untuk mencetuskan rusuhan kaum seharusnya disiasat dibawah  Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

Calon bebas Klang iaitu Deepak Jaikishan sudah membuat persidangan media dan mengatakan satu laporan khas yang dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan pencalonan Ganapathi dalam pemilihan kali ini.

Masyarakat berbilang kaum di negara kita tidak kira apa bangsa sekalipun di seluruh Malaysia seharusnya bersatu padu untuk bersama – sama membuat laporan polis kepada calon DAP Klang demi kehormonian dan keamanan negara terjamin.

Sekirannya pencalonan calon DAP di kawasan parlimen Klang tidak dibatalkan maka dimohon pengundi Klang akan menolak calon sedemikian pada 19 November 2022.

Most Popular

To Top