News

9 Sebab Demi Masa Depan UMNO / BN Maka BN Perlu Bergabung Dengan PH Berbanding PN

Sekirannya UMNO bercadang untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan maka nikmatnya sementara tetapi dalam jangka masa yang panjang UMNO dan Barisan Nasional bakal terkubur dalam persada politik negara.

1.0 Perikatan Nasional Ditubuhkan Untuk Menggantikan UMNO

Hampir kesemua kerusi yang UMNO dalam pilihan raya ini bukan kalah kepada PH tetapi kepada PN.

Jika UMNO kini bercadang untuk membentuk kerajaan dengan PN maka UMNO dan BN akan menjadi komponen parti yang paling kecil dalam gabungan ini. Perikatan Nasional terutamanya PPBM akan berhasrat untuk mengulangi sejarah lama mereka untuk mencaturkan kejatuhan UMNO.

Apabila UMNO jatuh maka mereka akan menjadi satu – satu parti di negara Malaysia yang dapat mendominasi perjuangan dan aspirasi Melayu.

2.0 Conflict Of Interest

Lebih – lebih lagi , PRU 16 nanti kesemua kerusi yang dipertandingkan nanti akan mengikut kemenangan berdasarkan kepada keputusan terkini iaitu BN hanya boleh bertanding di 30 kerusi yang dimenangi pada PRU 15.

Keadaan ini akan menyebabkan UMNO dan BN tidak dapat menawan kembali kesemua kerusi yang kalah pada pilihan raya ini.

Dengan Pakatan Harapan pula tiada conflict of interest daripada pertembungan kerusi dan jika kita analisis data gabungan PH dan BN maka dalam PRU akan datang hampir kesemua kerusi yang BN kalah kepada PN akan ditawan kembali.

BN pula akan kembali menjadi blok parti yang paling besar dan dominan dalam persada politik Malaysia.

3.0 Melayu Paling Dominan Dalam PH Tetapi Paling Kecil Dalam PN

Dalam Perikatan NASIONAL , UMNO akan menjadi suara yang paling kecil dalam isu perjuangan Melayu.

PPBM dan PAS akan menjadi abang besar. Hal ini disebabkan PAS dan PPBM adalah alternatif dan pengganti kepada UMNO.

Jika UMNO gagal untuk menjadi pejuang aspirasi Melayu terbesar dalam mana – mana gabungan maka masa depan UMNO akan semakin malap.

Dalam PH mereka tiada satu parti yang dapat mendominasi isu dan perlambangan Melayu. UMNO akan menjadi satu – satunya suara Melayu dalam PH. UMNO akan dapat kembali menjadi Abang Besar dalam gabungan baharu.

4.0 Membentuk Kerajaan 2/3 Majoriti Pada Masa Hadapan

Jika UMNO bersama dengan PN maka keputusan pilihan raya akan seperti PRU 15 kerana sokongan bukan Melayu tetap akan menjadi undi simpanan tetap PH. Namun begitu , sekirannya PH dan BN bergabung dalam pilihan raya akan datang akan mampu membentuk kerajaan yang stabil dengan majoriti 2/3 apabila undi Melayu dan bukan Melayu bergabung.

5.0 Pemimpin UMNO Boleh Menjadi Pengganti Anwar

Pakatan Harapan kehilangan pemimpin yang boleh mengetuai undi dan lambang kemelayuan dan Melayu pasca era Anwar Ibrahim.

Jika bersama dengan PH maka UMNO akan bakal kembali menjadi dominan seperti dahulu. Kekuatan PKR dan DAP boleh diibaratkan sebagai kekuatan MCA dan MIC pada zaman kegemilangan BN suatu ketika dahulu.

Dalam PN pemimpin UMNO tiada akan dapat menjadi pemimpin masa hadapan kerana akan selama – lamanya diketuai oleh pemimpin daripada PPBM.

6.0 Tidak Pernah Mencuba

Dalam sejarah Malaysia PH pernah bersama PPBM dan PAS dan akhirnya sejarah membuktikkan mereka saling mengkhianati sesama sendiri.

BN juga pernah bersama PPBM dan PAS dan pengkhianatan tetap berlaku.

Namun begitu , BN sebenarnya tidak pernah mencuba bekerjasama dengan PH di peringkat persekutuan.

Untuk peringkat negeri DUN Perak pengalaman lama tidak pernah ada isu pengkhianatan dan masalah yang berlaku apabila PH sanggup sokong BN untuk singkirkan PN di negeri Perak.

7.0 Masyarakt Bukan Melayu Akan Kembali Menyokong BN

Dalam pilihan raya kali ini Perikatan Nasional sudah terbukti jauh lebih keterlaluan dengan membangkitkan isu perkauman yang tidak sihat untuk negara. BN pula dilihat jauh lebih sederhana.

Oleh sebab itu , jika bergabung dengan PH adalah jalan terbaik untuk BN mengembalikan sokongan bukan Melayu kepada BN.

Demi masa depan BN maka lebih baik menjadi sebuah parti yang dapat mendapat sokongan daripada semua kaum dan bangsa.

BN perlu memposisikan diri sebagai satu – satunya parti yang dapat mewakili semua bangsa dan kaum yang setakat ini masih gagal dikecapi oleh mana – mana parti politik.

8.0 Komposisi Kabinet Yang Mewakili Perlambangan Kemajmukan Malaysia

Dalam Perikatan Nasional kini tiada satu pun calon bukan Melayu yang menang. Satu – satunya parti bukan Melayu dalam PN iaitu GERAKAN juga tidak dapat menang satu kerusi pada PRU kali ini.

Kabinet yang tidak dapat mecerminkin kemajmukan Malaysia tidak akan dapat mendapat perhatian daripada pelabur luar.

Kepakaran setiap bangsa diperlukan untuk memajukan negara ini.

Jika BN bergabung dengan PH maka kepelbagaian dan kemajmukan kabinet daripada pelbagai pakar dapat bekerjasama untuk membangunkan negara.

9.0 Merentasi Demografi Bandar & Luar Bandar

Pakatan Harapan mendominasi di kesemua kerusi bandar di negara Malaysia. PN dan BN pula terus bersaing di kawasan luar bandar.

Jika BN dapat bekerjasama dengan PH maka politik baharu merentasi keseluruhan demografi dan geografi Malaysia dapat dicapai.

Most Popular

To Top