News

Breaking News : MKT UMNO Membuat Keputusan Memilih Bersama Pakatan Harapan

Satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah diadakan malam ini di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn.

Mesyuarat MKT UMNO pada malam tadi diakhiri dengan ketetapan bahawa Barisan Nasional memilih untuk bersama Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu pasca PRU 15.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berakhir pukul 1 pagi tadi memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Dalam kenyataan satu muka surat itu, UMNO berkata, pihaknya memilih kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional (BN) menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan Perpaduan yang bukan diteraju ole Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk,” kata kenyataan itu UMNO awal pagi ini.

Jelas mesyuarat itu lagi, MKT UMNO juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Rundingan Barisan Nasional (BN) sama ada memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) hanya akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

Secara prosesnya, rundingan BN dan PH serta BN dan PN sudah selesai.

Malam tadi, Timbalan Presiden BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan akan membawa semua butiran rundingan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk pandangan MKT.

BN telah membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh perunding yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan termasuk juga Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Selain itu jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Wee Ka Siong, Datuk Seri M. Saravanan, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boleh buat keputusan.

Semua keputusan akan ditentukan oleh MKT Umno dan Dewan Tertinggi BN.

Most Popular

To Top