News

PH Tawar UMNO Jawatan TPM , Menteri Pelajaran , Dalam Negeri , Kewangan & Pertahanan

Memetik laporan eksklusif Sin Chew dalam perjanjian Pakatan Harapan (PH) + Barisan Nasional (BN), UMNO akan mendapat jawatan:

  1. Timbalan Perdana Menteri;
  2. Menteri Pelajaran;
  3. Menteri Dalam Negeri;
  4. Menteri Kewangan; dan
  5. Menteri Pertahanan.

Tawaran kerjasama PH-BN:

1- Hala tuju kerajaan junjung Perlembagaan, terutama aspek Islam, Melayu/Bumiputera & Raja-Raja

2- Parlimen tidak dibubar sebelum genap lima tahun

3- PM dari PH, TPM dari BN

4- Perak & Pahang diketuai BN

5- Jawatan Kabinet dibahagi mengikut % masing-masing di Dewan Rakyat

6- Lantikan Ahli Parlimen BN ke Kabinet perlu dipersetujui Majlis Tertinggi

7- Lantikan ahli Dewan Negara, GLC & jawatan kerajaan lain perlu dimaklum dan dibincang dengan PM, TPM

8- Jawatan kanan Kabinet (Kewangan, Dalam Negeri, Pendidikan, Pertahanan) akan diputus PM & TPM berdasar kemampuan & kelayakan

9- Komposisi kerajaan diwakili setiap parti

Kerjasama ini optimis akan disertai Blok Borneo.

Source : Agenda Daily

Most Popular

To Top