News

Pembukaan Ekonomi Pada 1 April 2022 : 5 Sebab Rakyat Malaysia Berterima Kasih Kepada Ismail Sabri

Seorang pemimpin yang bijak perlu seimbangkan antara kesihatan dan ekonomi. Hal ini disebabkan , kedua – dua elemen ini sangat penting dan kita tidak boleh hidup tanap mana – mana satu elemen tersebut. Adakah kalian masih ingat suatu ketika dahulu PM Ismail Sabri tegas hendak menutup ekonomi negara kita? Pendirian tersebut pada ketika itu kerana kadar ICU sangat tinggi dan tenat sehingga hampir melumpuhkan sistem kesihatan kita.

Kini walaupun angka Covid-19 masih lagi tinggi tetapi kadar ICU sudah berada di bawah paras 30%. Apabila kesihatan rakyat Malaysia semakin terkawal dan sistem kesihatan semakin kukuh maka kini Ismail Sabri pula hendak fokus kepada pemulihan ekonomi sepenuhnya dengan membuka ekonomi Malaysia pada 1 April 2022.

1.0 Buka Ekonomi

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun ini, berbanding penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada 2020.

Pelaburan langsung asing (FDI) juga semakin meningkat daripada RM14.6 bilion pada 2020 kepada lebih RM50 bilion pada 2021 manakala perdagangan turut melebihi sasaran. FDI pada tahun 2022 dijangka akan lebih rancak berbanding dengan tahun – tahun sebelumnya apabila ekonomi dibuka dengan sepenuhnya.

Pengangguran juga berjaya dikurangkan pada tahun ini dan dianggarkan akan terdapat 600 000 pertambahan peluang pekerjaan.

2.0 Buka Sempadan

Pembukaan sempadan dibuka dengan amat bijak kerana Ismail Sabri berjumpa dengan pelbagai negara supaya mengiktiraf status vaksinasi kedua – dua buah negara dan permudahkan segala urusan pelancongan.

Pergerakan keluar masuk antara Singapore ,Brunei dan Thailand dengan Malaysia . Kerajaan berjaya melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat bersama kedua-dua negara.

Seramai 200,000 rakyat Malaysia berulang-alik antara Singapura dan Johor. Mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib di rumah kerana telah melaksanakan ujian saringan kesihatan sebanyak dua kali iaitu semasa bertolak dari negara luar dan semasa ketibaan di Malaysia.

3.0 Saf Solat

Umat Islam di negara ini sudah boleh menunaikan solat jemaah tanpa perlu penjarakan fizikal bermula 1 April 2022. Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun, keputusan itu tertakluk kepada majlis agama di setiap negeri. Polisi ini tepat pada masanya dan seiring dengan Bulan Ramadhan.

4.0 Pelancongan

Malaysia akan mendapat pertambahan RM 8.6 Billion dalam industri pelancongan. Seramai lebih 2 juta pelancong akan melancong ke negara kita pada tahun ini. Ekonomi negara akan berkembang dengan jauh lebih pesat.

“Malaysia expects to attract two million international tourist arrivals this year with RM8.6 billion in tourism receipts following the reopening of the country’s borders, says Tourism, Arts and Culture Minister Nancy Shukri.”

5.0 Pasar Ramadhan

Kini rakyat Malaysia juga boleh menikmati Pasar Ramadhan yang sudah sebati dengan budaya kita untuk menikmati pelbagai makanan yang enak tanpa SOP yang ketat seperti tahun – tahun sebelum ini. Peniaga juga boleh meningkatkan pendapatan mereka. Ekonomi tempatan di seluruh negara akan berkembang dengan sangat rancak.

Sentimen Rakyat Terhadap Pembukaan Ekonomi

Rakyat sangat gembira apabila kini kehidupan kita akhirnya sudah boleh kembali kepada biasa. Peluang pekerjaan akan semakin bertambah. Ekonomi sudah boleh bergerak 24 jam. Segala – galanya sudah hidup kembali seperti biasa. Perniagaan setempat dan SME akan mula berkembang dengan rancak.

Dalam kajian terbaharu di sosial media masyarakat rata – ratanya amat berterima kasih dan menghargai kepimpinan Ismail Sabri memimpin negara ke fasa pengakhiran pandemik iaitu endemik dan kini kita sudah bebas untuk membuka segala – galanya yang tutup dan diperketatkan sebelum ini.

Prof Azmi Hassan

Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top