News

5 Sebab Tan Sri Zuki Ali Perlu Dikekalkan Sebagai Ketua Setiausaha Negara

1.0 Merentasi Sempadan Politik

Beliau merupakan satu – satunya Ketua Setiausaha Negara dalam sejarah negara yang pernah berkhidmat dengan kesemua kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh komponen parti politik ( Barisan Nasional , Pakatan Harapan , Perikatan Nasional ) dan Perdana Menteri yang berbeza.

Bermula sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2017 pada zaman Najib sehinggalah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang ke-15 pada 1 Januari 2020.

Tambahan pula , beliau juga pernah berkhidmat kepada Simbol Merentasi Sempadan Politik Negara iaitu sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada SPB Yang di-Pertuan Agung dari tahun 2006 sehingga 2011.

Sebagai seorang bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada YDPA sudah sah menandakan perentasan segala batasan dan label politik negara.

2.0 Pengalaman Dan Kelayakan

Memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Beliau juga merupakan satu – satunya KSN yang memiliki pengalaman mengetuai pentadbiran kerajaan yang berhapan dengan pelbagai cabaran seperti PKP , Covid-19 dan Darurat.

3.0 Pewaris Legasi Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa – Simbol Pentadbiran Awam

Beliau merupakan DNA dan anak didik Mantan Ketua Setiausaha Negara iaitu Tan Sri Dato Sri Dr Ali Hamsa yang berkhidmat dari 2012 sehingga 2018.

“Sejak awal menyertai perkhidmatan awam, Allahyarham (Tan Sri Dr. Ali Hamsa) adalah cikgu saya,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Tan Sri Zuki Ali pernah berkata, beliau sendiri pernah berkhidmat di bawah Allahyarham di beberapa kementerian dan agensi.

“Banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami dan segala jasanya tidak dapat saya lupakan.

Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa pula merupakan seorang tokoh dan ikon dalam dunia pentadbiran awam negara Malaysia dan baton ini kini disambung oleh anak didiknya Tan Sri Zuki Ali.

4.0 Menghidupkan Malaysia Ketika Darurat

Negara Malaysia dapat berjalan seperti biasa disebabkan jasa Tan Sri Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara mengambil peranan yang sangat penting pada ketika itu untuk meneruskan operasi kerajaan apabila kesemua kuasa eksekutif negara hilang peranan mereka semasa darurat diistiharkan.

Pada ketika itu , jentera pentadbiran negara tidak terkesan dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat kerana segala operasi dalam sektor awam dan swasta, yang merangkumi aktiviti ekonomi, industri serta rantaiannya, berjalan seperti biasa.

Keadaan ini lebih membuktikkan bahawa Tan Sri Zuki Ali sebagai tiang yang merentasi politik dan parti politik. Ketika kesemua ahli politik negara Malaysia secara teknikalnya hilang kuasa mereka maka beliau tampil untuk meneruskan amanah sebagai KSN demi memastikan segala urusan dan pentadbiran negara masih lagi bergerak seperti biasa dan lancar.

5.0 Berjiwa Dan Milik Rakyat – “Digital First , Citizen Centric”

Falsafah pentadbiran Tan Sri Zuki Ali berpegang kepada laungan yang sering dilaungkan oleh beliau iaitu “Digital First , Citizen Centric” yang bermaksud pentadbiran yang berteraskan jiwa dan aspirasi rakyat.

Oleh sebab itu , ketika PKP dilaksankan semasa negara berhadapan dengan serangan pandemik beliau memastikan para penjawat perlu berterusan untuk menyampaikan perkhidmatan awam kepada rakyat. Tugasan bekerja dari rumah dan hanya perlu ke pejabat mengikut giliran dan keperluan kerja dilancarkan demi memastikan segala perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas ketika PKP.

Natijahnya , Tan Sri Zuki Ali bukan milik sesiapa melainkan Rakyat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top