News

Pakatan Harapan Akan Siasat Muhyiddin Belanja RM 600 Billion – Kita Tak Banyak Wang Lagi Yang Tinggal

Pakatan Harapan (PH) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa membelanjakan RM600 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata PH akan berbuat demikian sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita janji akan menjalankan siasatan terhadap perkara itu kerana walaupun Muhyiddin menyatakan wang berkenaan adalah untuk menghadapi COVID-19, kita akan lihat daripada semua aspek.

“Jika ada penyelewengan, kita akan ambil tindakan pendakwaan kerana ia adalah wang negara,”

Kerajaan dah tak ada banyak wang, kata Muhyiddin

Kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, kata Muhyiddin Yassin.

“Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.

“Saya pergi sekolah tapi saya tak pandai kira how much is that, saya fikir banyak orang Sikh faham, it is more than RM600 billion, that’s big sum of money (ia lebih daripada RM600 bilion, jumlah yang sangat besar),” katanya kepada masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

“What i am trying to say here, we don’t have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal),” katanya.

“Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini, kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita; kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik,”katanya.

Most Popular

To Top