News

China Coast Guard Ceroboh Perairan Malaysia?

Kapal China Coast Guard (CGC) 5403 yang belayar berdekatan Stesen Offshore Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia di Sarawak…

Pada 24 November 2022, satu video Tiktok telah dimuatnaik seorang pengguna tempatan yang memaparkan Kapal China Coast Guard (CGC) bernombor pennant 5403 yang belayar berdekatan Stesen Offshore Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia di Sarawak.

Perdana Menteri ke-10 sewajarnya memberi respon kepada perkara ini dan menjelaskan dasar yang tegas kepada China berkenaan isu pencerobohan ini.

Peri pentingnya hal keselamatan negara sebegini adalah melebihi segala keutamaan imbang kuasa politik mahupun perbincangan sejarah lampau seorang Perdana Menteri. Rakyat harus dicelikkan betapa keselamatan negara adalah bumbung kepada segala bentuk keamanan dan kemakmuran ekonomi yang hanya akan dijelmakan sekiranya kita dapat berpendirian tegas terhadap ancaman fizikal dari luar.

Harus diingatkan, ketika ini kita tidak mempunyai Menteri Keselamatan atau Menteri Dalam Negeri. Maka menjadi kewajipan untuk Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan kenyataan dan bertindak segera berkenaan ancaman ketenteraan China yang dilemparkan ke Perairan Laut Cina Selatan kita tanpa sebarang rasa bersalah.

Adakah Kapal CCG ini seharusnya dibenarkan masuk ke perairan kita tanpa keizinan dan mendatangkan rasa tidak senang kepada masyarakat walaupun mereka tidak mengambil sebarang sumber? Tindakan pencerobohan tetap mencabul keamanan aktiviti ekonomi seperti pelantar minyak dan perikanan, apatah lagi rekod China bukan setakat menceroboh dengan CCG. Sebelum ini 23 pencerobohan ketenteraan China direkodkan di antara 2021-2022.

Aktiviti ‘persiaran ketenteraan’ dan patroling di 9-Dashed-Lines perairan Malaysia adalah satu ancaman kepada keamanan.

Isu ini sewajarnya ditangani segera, apatah lagi ‘kapal ronda’ CCG ini mempunyai kapasiti dan saiz jauh lebih kecil dari aset ketenteraan Malaysia semasa. Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu ditambah baik. Kita masih bergantung kepada aset lapuk seperti Remote-Controlled Weapon Station (RCWS) walaupun untuk tahap keselamatan berbanding CCG sahaja pun sudah dipacu dengan Caliber Gun.

Setelah Premier China mengucapkan Tahniah kepada lantikan PM-10, apakah respon Anwar Ibrahim , Demi Pertiwi; untuk membuktikan bahawa beliau lebih tegas dalam isu keselamatan negara dan pencerobohan Laut Cina Selatan yang berlaku sekian lama berbanding Perdana Menteri lain sebelum ini?

Most Popular

To Top