News

PERTAHANKAN AGENDA KESELAMATAN DIGITAL NEGARA DALAM PELAKSANAAN 5G NASIONAL

Perdana Menteri menyatakan dalam Mesyuarat Kabinet semalam…

Perdana Menteri menyatakan dalam Mesyuarat Kabinet semalam bahawa MOF dan Kementerian Komunikasi dan Digital perlu adakan penilaian teknikal, dan meneliti beberapa aspek untuk memastikan bahawa aspek rollout rangkaian 5G ini tidak terganggu, tapi kalau boleh dipercepatkan.

Pertimbangan ini adalah amat wajar dari seorang Perdana Menteri yang tidak tergesa-gesa membuat sebarang pembatalan projek semata-mata disebabkan perbezaan gaya pentadbiran dan aspirasi politik.

Keputusan itu sekaligus menyahut permintaan dalam kalangan masyarakat yang menanti akses 5G menyeluruh di negara ini. Setakat 31 Oktober 2022, sebanyak 2,715 tapak 5G telah disiapkan Digital Nasional Berhad (DNB) merangkumi 36 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Ketika beberapa penilaian perlu dilakukan oleh kerajaan terhadap DNB, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa negara tidak boleh terus berada di dalam dilema pengurusan. Ketika negara lain sudah ada yang mula membincangkan pelaksanaan internet generasi keenam (6G), Malaysia perlu segera melunaskan hak rakyat untuk mendapatkan akses 5G.

Minggu lalu, Rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) mencapai kelajuan pautan bawah 1Gbps dalam jarak rekod dunia 11.18km dari antena radio pada percubaan mmWave di Pulau Pinang, Malaysia.

Percubaan ini adalah bukti kejayaan membuka jalan untuk penyediaan perkhidmatan Internet berkualiti tinggi, berpatutan, berkelajuan tinggi untuk lokasi luar bandar dan pinggir bandar di kawasan tradisional yang kurang mendapat perkhidmatan.

Dengan keputusan jelas yang dibuat kerajaan terdahulu yang memihak kepada Single Wholesale Network (SWN), kini menjadi tanggungjawab semua MNO untuk menyokong dan mempercepatkan wawasan kerajaan untuk membawa 5G ke seluruh negara menjelang 2024 pada kos terendah kepada rakyat. Sehingga oktober lalu, kesemua Syarikat Rangkaian Telekomunikasi (MNO) telah bersetuju dengan DNB sebagai pengendali dan pembahagi spektrum 5G Malaysia.

Pengagihan tender kepada subkontraktor dan vendor tempatan serta bumiputera juga telah dilakukan melalui syarikat-syarikat ini terutama dari Telekom Malaysia sejak Disember 2021.

Menerusi transisi tiga kerajaan, adalah satu harapan besar rakyat sekiranya pelancaran infrastruktur dan rakngkaian 5G tidak menjadi buah catur politik, apatah lagi pelaksanaannya sudah separuh jalan.

Meskipun penelitian dan kajian adalah perlu, kemajuan kerja DNB bersama Ericson tetap perlu diberi pertimbangan rasional. Bahkan, kita sudah mengelak peluru maut bersama Ericson ketika pembangunan 5G di negara Asia lain berdepan pelbagai kontroversi keselamatan digital.

Perkongsian pintar dengan mana-mana syarikat pemacu 5G perlu dilakukan dengan penuh waspada. Sebarang perkongsian sudah pastinya melibatkan kedua-dua blok ekonomi Barat dan Timur, yang sudah diperhalus pentadbiran-pentadbiran terdahulu.

Sebarang perkongsian dan mesti dari syarikat yang tidak terdedah kepada aktiviti risikan dan pencerobohan data kerana projek ini melibatkan risiko keselamatan Bank Data negara.

Tiada ruang perkongsian harus dibuka kepada Huawei mahupun rakan kongsi. Malaysia tidak mempunyai kapasiti pengimbang kuasa teknologi sama seperti Singapura.

Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Malaysia harus mempertahankan, apa yang selama ini kita berjuang pertahankan.

Most Popular

To Top