News

Kerajaan Perpaduan Anwar & Wisma Putra Harus Tegas Dalam Isu Penceborohan Jet China Hampiri Pesawat AS Di Laut China Selatan

Sebuah jet pejuang China terbang secara berbahaya pada jarak 6 meter daripada sebuah pesawat pemerhati Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan, kata tentera AS kelmarin.

Dalam insiden pada 21 Disember lalu, seorang juruterbang jet J-11 milik China melakukan aksi tidak selamat semasa memintas pesawat Tentera Udara AS, Boeing RC-135, kata Pusat Perintah Indo-Pasifik AS dalam satu kenyataan.

“Juruterbang China itu terbang pada jarak 6 meter di hadapan hidung pesawat AS sekali gus memaksa RC-135 melakukan pergerakan mengejut untuk mengelak pelanggaran.

“Ketika kejadian, pesawat RC-135 sedang melakukan operasi rutin berlandaskan undang-undang di ruang udara antarabangsa di Laut China Selatan,” katanya.

Insiden berlaku ketika China meningkatkan kerahan kumpulan besar pesawat tempur dan pengebom ke Laut China Selatan menghala ke Taiwan sebagai pameran kekuatan selepas Beijing mengukuhkan tuntutan kedaulatannya ke atas Taipei.

Kerajaan Perpaduan dan Wisma Putra perlu mengambil serius terhadap isu ini kerana kedaulatan dan keselamatan negara akan terancam sekirannya kita lalai. Lebih – lebih lagi sebelum ini , pesawat pengangkut taktikal dari China sekali lagi memasuki ruang udara negara pernah cerobohi ruang udara Malaysia pada 9 Februari 2022.

Disarakan untuk pencerobohan kali ini pula Wisma Putra perlu tegas menghantar nota bantahan diplomatik kepada China. Kerajaan Perpaduan perlu mengambil sikap tidak akan sesekali berkompromi dalam aspek keselamatan negara meskipun memiliki hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.

Most Popular

To Top