News

Kemusliman Uyghur Diragui

Sudah tiba masanya, Malaysia perlu berhati hati dan sentiasa…

Saya rasa ramai mengenali Kuzzat Altay, bekas refugee di Kem Tahanan di Xinjiang yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat.

Pun begitu, baru baru ini, Kuzzat ada memuat naik satu post di instagram peribadinya dan mengucapkan ayat seperti “Merry Christmas from the Holy Land”.

Sejujurnya, perkara ini agak janggal, sebab kalau Kuzzat ini betul betul betul betul memahami Islam, umar Islam tidak dibenarkan untuk mengucapkan Merry Christmas sesuka hati. Malah jatuh hukum haram.

Apatah lagi Kuzzat adalah seorang yang dikenali dan mahu dikenali sebagai bekas tahanan Ughyur. Perkara ini membawa imej yang buruk kepada Uyghur.

Maka timbul satu persoalan, adakah benar benar keimanan dan keislaman Uyghur boleh dipercayai? Sebab kalau kita tengok baik baik, kebanyakan refugee Uyghur ini akan lari ke negara negara yang bukan Islam.

Malah mereka lebih suka melarikan diri ke negara Europe sedangkan di sana Islamophobia lebih menebal dan tinggi. Adakah mereka lebih suka tinggal di negara yang bukan Islam?

Dengan persoalan persoalan ini, kita boleh untuk mempertikaikan ketepatan dan kejujuran masyrakat Uyghur kepada dunia.

Dan sudah tiba masanya, Malaysia perlu berhati hati dan sentiasa memerhati tindak tanduk Ughyur kepada dunia.

Ya, tidak salah untuk berbuat baik seperti derma dan sebagainya, tapi kalau kepada golongan yang salah, yang merana adalah orang yang betul betul memerlukan bantuan tidak kiralah dalam negara atau rakyat negara luar.

Akhir kata, kita bukan hendak menuduh bukan bukan terhadap Ughyur, cuma kita hanya perlu lebih berhati hati. Orang kata, lebih baik ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Most Popular

To Top