News

Adakah DAP Sedia Mempertaruhkan Syefura ( Rara ) Dalam PRU 15?

Pada 9 Mei yang lalu penyandang kerusi parlimen Bangi YB Ong Kian Ming telah menyatakan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon dalam PRU-15 akan datang bagi memberi laluan kepada ahli dan pemimpin yang lebih muda.

DAP secara lazimnya dikenali sebagai parti yang didominasi kaum Cina walaupun mereka sebuah parti demokratik yang terbuka kepada semua kaum. Hanya beberapa pemimpin Melayu sahaja yang diangkat sebagai calon & seterusnya memenangi PRU-14 yang lepas dan PRN-15 Johor (1 wakil) serta Melaka (hanya calon).

Pemimpin Melayu DAP yang paling menonjol setakat ini adalah Young Syefura atau Rara ADUN Ketari dari Pahang berbanding YB Melayu DAP yang lain seperti ADUN Skudai Marina Ibrahim (PRN-15 Johor), ADUN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADUN Dusun Tua Edry Faizal, ADUN Tanjong Bunga Zairil Khir Johari, ADUN Seri Delima Syerleena Rashid dan MP Raub Tengku Zulpuri

Sejurus pemilihan Jawatankuasa Pusat Tertinggi (CEC) DAP pada 20 Mac yang lalu dan seterusnya menampilkan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung baharu DAP menggantikan LGE. Anthony pada 21 Mac telah membuat kenyataan di fbnya

Petikan fb Anthony

Selaku Setiausaha Agung, saya akan meneruskan tradisi parti untuk menyediakan peluang yang sebanyak mungkin untuk anak-anak muda dalam parti yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum, agama dan gender untuk memaksimakan bakat kepimpinan mereka termasuk peluang untuk mewakili parti dalam pilihanraya. https://www.facebook.com/100044427668163/posts/516762519814666/?d=n

Sejauh mana DAP dibawah kepimpinan baharu Anthony Loke untuk membawa parti yang terkenal sebagai pro kepada masyarakat Cina dan mengikis persepsi “chauvinis” mengorak langkah lebih jauh bagi menarik kaum lain terutamanya orang Melayu.

PRK (parlimen) Teluk Intan pada 2014 telah menampilkan Dyana Sofya sebagai calon wanita Melayu DAP pertama buat julung kalinya tetapi tewas tipis pada Mah Siew Keong (BN)

Pada PRU-14 tiada calon wanita Melayu DAP diberikan peluang untuk bertanding di kerusi parlimen. Bersediakan DAP untuk menampilkan calon wanita Melayu DAP dan seterusnya memenanginya pada PRU-15 nanti ?. Mengikut rekod, hanya Dyana Sofya satu-satunya calon kerusi parlimen wanita Melayu DAP setakat ini.

Kenapa Rara ?

Rara merupakan satu-satunya pemimpin tunggal Melayu DAP yang memenangi pemilihan Jawatankuasa Pusat Tertinggi (CEC) DAP pada 20 Mac yang lalu mengalahkan pemimpin Melayu dan nama besar yang lain seperti Tengku Zulpuri MP Raub, Dr. Aziz Bari ADUN Tebing Tinggi, Syahredzan Johan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, dan beberapa calon Melayu yang lain. Beliau (Rara) juga memenangi kerusi Timbalan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Pusat dan menjadikan Rara mempunyai jawatan tertinggi dalam DAP dan DAPSY Pusat.

Kemenangan Rara sebagai Melayu tunggal dalam CEC mendapat perhatian Anthony Loke

“Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman bagi menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP merupakan permulaan yang baik dalam perkara tersebut” https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/lebih-ramai-wakil-melayu-dalam-cec-dap-pada-masa-depan/

Beranikah ? bersediakah ? dan sejauh manakah keterbukaan DAP dalam mempertaruhkan kerusi selamat seperti Bangi (atau selainnya) untuk Rara dan secara tak langsung menjadi Wanita Melayu DAP pertama bergelar Ahli Parlimen.

Tidak asing lagi parti seperti DAP dalam menampilkan calon muda pada setiap kali PRU, tapi dibawah kepimpinan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung baharu DAP, beranikah beliau menampilkan Rara yang boleh dikatakan “aset” bagi DAP kerana perwatakannya sebagai Melayu asli yang bertudung dan sentiasa berbaju kurung dan secara tak langsung menarik perhatian kaum dan pengundi Melayu terhadap DAP dalam menampilkan calon (parlimen) wanita Melayu buat kali kedua dan memastikan kemenangan bagi mengukir sejarah MP Wanita Melayu DAP pertama dibawah kepimpinan Anthony Loke?

Walaupun hanya bergelar ADUN tetapi Rara cukup dikenali sebagai YB selebriti seperti Syed Saddiq dan KJ kerana mempunyai pengikut yang begitu ramai di sosial media seperti fb (91k), Instagram (134k) dan Twitter (74k) serta kerajinannya yang sentiasa “turun padang” dan kelantangannya di Sidang DUN Negeri.

Kita nantikan PRU-15 nanti, sejauh mana DAP akan menampilkan dan memberi peluang (parlimen) kepada calon calon Melayu dan Wanita muda. Inilah masanya untuk DAP & Anthony Loke mengikis persepsi DAP sebagai parti Cina dan membawa pembaharuan.

Penafian : Sehingga artikel ini diterbitkan, tiada pengesahan atau pengumuman rasmi berkaitan calon wanita Melayu DAP pada PRU-15 akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top