News

Akar Umbi UMNO Tidak Mahu Perebutan Kuasa Tetapi Peralihan

UMNO Tidak Perlu Perebutan Kuasa Tetapi Peralihan

Kita tidak mahu melihat pertembungan antara Zahid dan Ismail Sabri untuk jawatan Presiden UMNO. Kita dari akar umbi mahu lihat UMNO bersatu – padu dan bukannya berpecah belah. Kita mahu UMNO yang stabil. Hanya UMNO yang stabil mampu mengembalikan zaman kegemilangan kita yang dahulu.

Ismail Sabri vs Zahid Hamidi ? Siapa menang dan siapa kalah juga akhirnya UMNO yang kalah. Pepecahan akan sekali lagi berlaku. Kita mahu peralihan kuasa yang matang. Ismail Sabri seharusnya melantik Zahid Hamidi sebagai Penasihat atau Setiausaha Agung UMNO selepas menjadi Presiden.

Ismail Sabri tidak pernah melobi untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah memang ditakdirkan beliau akhirnya dalam keadaan politik negara yang tidak stabil akhirnya dipilih menjadi Perdana Menteri dengan sokongan bukan sahaja daripada UMNO tetapi juga daripada YDPA dan pelbagai komponen parti yang lain.

Pertama kali dalam sejarah UMNO seorang Naib Presiden dipilih untuk menjadi Perdana Menteri. Demi kestabilan UMNO juga seorang Perdana Menteri juga mestilah akhirnya menjadi Presiden UMNO. Jika tidak nanti ketidakstabilan dalam UMNO akan berlaku.

Ismail Sabri tidak pernah mahu merampas jawatan Presiden. Cuma takdir dan keadaan menyebabkan beliau terpaksa untuk menjadi Presiden UMNO. Sebab dalam keadaan tidak terancang beliau kini sudah pun menjadi Perdana Menteri. Dalaam keadaan ini kalian mahu Ismail Sabri bertanding jawatan apa ? Naib atau Timblan Presiden tetapi Perdana Menteri UMNO? Bukankah ini satu situasi yang pelik ? Ini bermakna Ismail Sabri terpaksa untuk menjadi Presiden UMNO. Bukannya soal dia mahu atau tidak mahu. Keadaan dan situasi yang memaksannya.

Zahid pula sebenarnya sudah declare tidak berminat jadi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 dan tidak akan sesekali tawarkan diri untuk jawatan Perdana Menteri

https://www.bharian.com.my/…/zahid-tidak-minat-jadi-pm…

https://www.kosmo.com.my/…/zahid-tidak-pernah-namakan…/

Bukan sahaja jawatan Perdana Menteri tetapi untuk jawatan kabinet pun Zahid membuat keputusan untuk tidak tawarkan diri pada 7 May 2020.

https://www.malaysiakini.com/news/513699

Jika Zahid sebelum ini berkali – kali tidak menawarkan diri dan tidak mahu menjadi calon Perdana Menteri atau Menteri maka lebih elok beliau menyerahkan pucuk kepimpinan UMNO kepada Ismail Sabri dan menjadi Penasihat UMNO.
UMNO tidak perlu ada lagi calon Perdana Menteri kerana UMNO sudahpun ada Perdana Menteri UMNO.
Bezanya Ismail Sabri tidak boleh serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Zahid kerana jawatan ini memerlukan sokongan daripada YDPA , MP dan pelbagai komponen parti lain di Malaysia.

Namun Zahid pula sebenarnya boleh serahkan jawatan Presiden kepada Ismail Sabri dengan membuat keputusan untuk tidak bertanding dan biar Ismail Sabri menang tanpa bertanding.

3 Comments

3 Comments

  1. נערות ליווי בגבעתיים

    December 18, 2021 at 2:40 pm

    רבות מן הסיבות לשפיכה מוקדמת בגברים, נובעות מקשיים פסיכולוגיים ורגשיים, כמו למשל ריגוש יתר בסיטואציות מיניות, חשש או חרדת ביצוע, סטרס, פחדים ועוד. נערות ליווי בהרצליה

  2. Best Dating Site

    December 19, 2021 at 2:00 am

    ❤️ Ruby want to meet you! Click Here: https://bit.ly/2022dating ❤️

  3. Best Dating App

    December 19, 2021 at 3:08 pm

    ❤️ Alison is interested in your profile! Click Here: http://bit.do/fSVbX ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top