News

Amanah Mat Sabu : Kita Bersama Pakatan Harapan Sokong UMNO Untuk Tidak Sokong Budget 2021

Kesemua 11 ahli Parlimen daripada Amanah tidak akan menyokong Belanjawan 2021, kata presidennya Mohamad Sabu yang dilihat bertentangan dengan nasihat Yang di Pertuan Agong agar semua ahli politik mengenepikan perbezaan bagi memastikan perang melawan Covid-19 berjaya.

Astro Awani melaporkan, Mohamad sebagai berkata Amanah hanya akan menyokong Belanjawan 2021 jika permintaan mereka ditunaikan.

“Umno pun bercakap juga beberapa perkara perlu dipinda untuk dapat sokongan, kita bersama Pakatan Harapan (tidak sokong),” kata bekas menteri pertahanan itu seperti dilaporkan Astro Awani.

Kenyataan Mohamad itu bercanggah dengan beberapa peringatan daripada Yang di Pertuan Agong menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lepas.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberikan amaran kepada ahli-ahli Parlimen agar tidak menggagalkan belanjawan supaya usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan memerangi Covid-19 berjaya.

Amaran Agong dikeluarkan selepas Baginda enggan menggunakan kuasa mengisytiharkan darurat bagi mengelakkan pilihan raya pada musim pandemik sekiranya belanjawan gagal diluluskan.

Terdapat kebimbangan pilihan raya umum terpaksa dilaksanakan jika belanjawan gagal diluluskan dan pegawai kanan kesihatan mengatakan ia boleh mewujudkan kluster baru Covid-19.

Kebimbangan ini timbul selepas beberapa pemimpin Umno sekutu presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan merancang untuk tidak menyokong belanjawan bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

READ ALSO  DAP Lim Kit Siang Wants Najib Nailed For Five Murders - Altantuya , Kevin Morais , Teoh Beng Hock , Hussain Najadi & Ahmar Sarbani
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + four =

Most Popular

To Top