[ALAMAK!] Mayat Seorang Wanita Dijumpai Didalam Longkang Di Sandakan!!! - The Coverage Edisi BM
Berita

[ALAMAK!] Mayat Seorang Wanita Dijumpai Didalam Longkang Di Sandakan!!!

ALAMAK! Seorang perempuan warga asing jatuh ke dalam longkang petang tadi, ditemui mati.

Ia dilaporkan oleh NST bahawa kejadian ini berlaku di Kampung Sundang Batu Sapi. Sumber juga mengatakan bahawa longkang tersebut adalah sedalam 3meter kebawah. Badan mangsa dijumpai sekitar pukul 1 tengahari.

Wanita tersebut dipercayai berusia 40 tahun dan di andaikan ialah seorang warga asing. Mangsa dijumpai berpakaian baju merah dan seluar hitam.

Polis juga mempercayai wanita tersebut telah jatuh ke dalam longkang semalam selepas terkena kejutan elektrik. Mengikut sumber, kawasan tersebut teramat gelap dan mungkin sebab itu tiada sesiapa yang perasan mangsa itu. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai ‘kematian secara tiba-tiba’.

Badan mangsa dikeluarkan dari lubang itu dengan bantuan penyelamat bomba dan di hantar ke hospital untuk bedah siasat.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top