Bapa Menguncikan Rumah Dan Meninggalkan Anaknya Yang Berumur 4 Tahun Di Jalanan!!! - The Coverage Edisi BM
Berita

Bapa Menguncikan Rumah Dan Meninggalkan Anaknya Yang Berumur 4 Tahun Di Jalanan!!!

Menurut Sin Chew, seorang kanak-kanak, Xiao Rong, telah ditinggalkan ibunya sebulan yang lalu. Selama sebulan kanak-kanak itu tinggal dengan bapanya di Zhejiang, China, dan menuntut di sebuah tadika yng berdekatan.

Pada 16 Mei, mengikut sumber, bapa Xiao Rong telah hantar dia ke tadika pada waktu pagi seperti biasa, tetapi apabila tiba masa untuk pulang ke rumah pada waktu tengah hari, bapanya yang sentiasa menepati masa, tidak ternampak batang hidungnya.

Selepas setengah jam berlalu, Xiao Rong mula menangis kerana ingin pulang ke rumah. Gurunya, Looi cuba menghubingi bapanya melalui telefon tetapi gagal kerana telefonnya telah dimatikan. Mereka juga cuba menghubungi beliau melalui WeChat tetapi tidak berjaya.

Ini membuatkan guru-guru dia untuk membuka beg sekolah Xiao Rong dan apa yang mereka temui dalam menimbulkan beberapa persoalan! Mereka mendapati beg itu dipenuhi dengan pakaian musim sejuk yang tebal. Guru-guru bertambah lagi curiga dan mereka mengambil keputusan untuk membawa Xiao Rong ke rumah dia. Tetapi malangnya, setibanya di premis rumah, pintu telah dikunci dan tidak ada sesiapa di dalam.

Menyedari apa yang telah berlaku, Xiao Rong menundukkan kepalanya dengan tenang memberitahu guru-gurunya:

“Bapa saya telah pulang ke Gui Zhou.”

 

Xiao Rong menjadi senyap selepas itu seolah-olah dia telah menerima kenyataan yang pedih itu. Mengikut sumber, beliau bermalam di rumah cikgunya lantas dibuat laporan polis.

Pada hari berikutnya, guru-guru tadika cuba menghubungi bapanya lagi sekali tetapi masih gagal. Terdesak, mereka  mengambil keputusan untuk menghubungi ibu beliau yang telah melarikan diri sebulan lepas. Tetapi responnya meninggalkan netizens bingung dan marah.

Ibunya bukan mahu bergegas kembali untuk menyelamatkan anaknya, namun memberitahu guru Xiao Rong dia telah lari keluar daripada rumah kerana takut akan dipukul suaminya lagi. Dan di hujung talian lain bapanya pula menegaskan bahawa jika ibu enggan untuk kembali, dia tidak akan menjaga anak lagi. Geramnya!!!

Pada hari yang ketiga, pihak polis akhirnya berjaya mengesan ibu bapa Xiao Rong dan mendapati bahawa keluarga telah mempunyai isu-isu domestik sebelum perkara ini berlaku. Difahamkan ibu Xiao Rong telah mendapat pekerjaan baru di Gui Zhou dan bapnya telah kembali ke kampung halamannya.

Seperti yang diarahkan oleh pihak polis, kedua-dua ibu bapa bersetuju untuk turun ke balai polis untuk berdamai dan membawa Xiao Rong pulang ke rumah. Tetapi, sehingga pukul 6 petang (hari itu), kedua-dua ibu bapa masih tidak muncul.

Malangnya, sehingga hari ini Xiao Rong ditinggalkan begitu sahaja. Yang kesiannya ialah keadaan Xiao Rong yang seakan-akan telah menerima nasibnya.

Ibu bapa zaman sekarang ini langsung tidak tahu menghargai rezeki mereka!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top