[BEWARE!] Perempuan Yang Bekerja Dinasihati Untuk Berhati-Hati Dengan Panggilan Yang Diterima! - The Coverage Edisi BM
Berita

[BEWARE!] Perempuan Yang Bekerja Dinasihati Untuk Berhati-Hati Dengan Panggilan Yang Diterima!

Terdapat pos yang dibuat dalam kumpulan Facebook, digelar ‘Boy Kelantan. Tidak perlu dikatakan, ia adalah kumpulan yang popular di kalangan rakyat Kelantan, dan mereka telah berkongsi taktik kini digunakan oleh perompak tempatan di negara kita dan negeri mereka. Taktik mereka menggunakan penggunaan panggilan untuk mengajak wanita keluar ke pejabat mereka. Keji, kan?

Seorang mangsa kejadian adalah seorang guru yang bekerja di sebuah studio tarian. Beliau menerima panggilan yang menyatakan bahawa studio dimana dia bekerja terbakar. Dengan serta-merta, dia pergi memandu ke tempat kerja beliau. Sudah tentu ianya tidak benar. Panggilan itu adalah seumpan untuk menyuruh dia keluar dari rumah dia. Apabila memandu ke tempat kerja, dia ternampak sebuah kereta yang mengikut dari belakang. Sebaik sahaja dia berjalan keluar, keretanya telah dirampas.

Taktik ini adalah untuk mengambil kesempatan kebaikan orang.

Satu lagi kejadian yang berkaitan telah berlaku kepada seorang guru seni. Beliau juga menerima panggilan yang serupa dengan kejadian di atas. Untuk meyakinkan guru seni itu, pemanggil berkata bahawa mereka bekerja di restoran berdekatan tempat kerjanya. Apabila digesa dengan soalan “apakah nama restoran anda?”, pemanggil gagal menamakan restorannya. Kejadian ini telah berlaku di Kebun Sultan, Kelantan.

Menurut Sinchew, pemanggil menyatakan bahawa pekerjanya memerlukan bantuan setelah terjebak ke dalam sebuah kemalangan.

Admin Boy Kelantan dan wakil rakyat dari MCA memutuskan untuk memeriksa dan mengambil tindakan untuk menyiasat situasi ini.

Mereka mempunyai syak wasangka bahawa guru-guru yang menerima panggilan disasarkan kerana mempunyai nombor mereka ditunjukkan pada papan tanda tempat kerja mereka.

Begitu juga, mereka telah ternampak bahawa perompak mempunyai sesuatu yang sama dengan sasaran mangsa mereka: wanita yang bekerja sehingga lewat malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top