DBKL Mengeluarkan 40 Saman Dalam Masa 40 Minit Untuk Pemandu Yang Menggunakan Lorong Bas Dan Teksi!! - The Coverage Edisi BM
Berita

DBKL Mengeluarkan 40 Saman Dalam Masa 40 Minit Untuk Pemandu Yang Menggunakan Lorong Bas Dan Teksi!!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih bebas dan mereka mempertimbangkan perkara ini dengan serius! Ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu untuk menggunakan lorong bas di Kuala Lumpur 6:00-20:00 kecuali hari Ahad dan cuti umum.

Semasa operasi baru-baru ini di hadapan Wisma Central, pemandu telah ditangkap menggunakan lorong bas dan teksi untuk mengelakkan jalan sesak atau untuk memarkirkan kereta. DBKL telah mengeluarkan 40 saman dalam masa 40 minit dengan kompaun berjumlah antara RM50 dan RM300 dalam satu operasi khas.

Sudah tentu, ada yang tidak berpuas hati bahawa mereka telah dihenti oleh pelis, tetapi ia adalah anda – anda sendiri yang melakukan kesalahan itu, jadi mestilah kesalahan itu anda yang punya. Sebahagian daripada mereka telah didengar memberitahu pegawai bahawa mereka tidak melakukan kesalahan itu. Tolonglah, anda berani untuk menggunakan lorong di mana ia jelas terhad untuk bas dan teksi, tetapi anda masih berani untuk melawan balik apabila anda ditangkap? Wah, berani betul mereka ini…

Menurut The Star, seorang Jerman berusia 60 tahun yang telah berada di Malaysia selama 6 minggu tidak mengetahui peraturan jalanraya. Beliau berkata,

“Saya melihat orang lain yang menggunakan lorong terhad ini dan saya hanya mengikuti mereka. Saya telah ditangkap dan tidak bersedia!”

Beliau juga berkata bahawa ia berkhidmat sebagai peringatan yang baik supaya dia tidak melakukan kesalahan itu lagi. Aduh, warga asing pun telah mengikuti contoh “terbaik” warga kita sendiri! Bolehkah anda tidak menunjukkan warga asing bahawa rakyat Malaysia adalah orang yang melanggar undang-undang?

Seorang lagi pemandu yang berusia 21 tahun berkata, dia ditangkap apabiila sedang mencucuba untuk meletakkan kereta di lorong bas kerana ingin menguruskan sesuatu di sebuah kedai di Wisma Sentral. Katanya kepada The Star,

“Saya tahu mereka hanya menjalankan tugas mereka, saya selalu buat begini setiap hari tetapi saya tidak tahu mereka akan mengadakan operasi di sini hari ini.”

Walaupun pemandu menyedari kehadiran DBKL melalui sebuah app, ramai masih memandu di lorong bas. Jabatan ini menjalankan operasi menerus kerana mengikuti aduan bahawa bas tidak dapat mengguna lorong bas.

Penguatkuasa Bahagian Trafik DBKL Mohd Hisham Izhar berkata mereka telah menjalankan operasi itu bertahun-tahun akan tetapi ramai pemilik kenderaan masih menggunakan lorong bas.

“Kami juga menangkap beberapa pemandu yang mahu mengelakkan jalanraya sesak di lorong awam.”

DBKL menjalankan operasi di tiga atau empat lokasi dalam seminggu, seperti Jalan Ampang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut adalah dianggap kawasan yang “panas” bagi mereka untuk menjalankan operasi.

Lorong lain termasuk dalam operasi ini adalah Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Dang Wangi, Jalan Pahang dan Jalan Syed Putra.

DBKL dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerja bersama-sama untuk meletakkan pemandu yang mempunyai saman-saman yang tertunggak ke dalam senarai hitam. Mereka juga tidak boleh memperbaharui lesen mereka. Saya ingin memberi peringatan bahawa kenderaan yang diletakkan di lorong bas akan diapit dan ditunda.

Malangnya untuk pemandu asing yang mendakwa mereka tidak tahu apa-apa peraturan, tidak akan ada kompromi walaupun untuk pemandu tempatan pada ini kerana kita mesti saling mengetahui undang-undang setiap negara yang kita melawat!

Bagi pemandu-pemandu yang keras kepala dan masih ingin menggunakan lorong bas dan teksi, saya ingin mengucapkan selamat berjaya walaupun anda akan ditangkap tidak lama lagi!

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top