Malaysia : Bukan Jenayah, Wanita Ini Tak Ambil RM13.8 Juta Yang Diberi Oleh Bank - The Coverage Edisi BM
Dunia

Malaysia : Bukan Jenayah, Wanita Ini Tak Ambil RM13.8 Juta Yang Diberi Oleh Bank

Imej: Jiaxin Lee

Seorang wanita Malaysia  baru-baru ini yang telah ditahan di lapangan terbang Sydney ketika hendak meninggal negara tersebut kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgit membeli barang mewah menggunakan wang yang silap dimasukkan ke akaunnya berjumlah AS$4.6 juta (RM13.85juta).

Memetik Harian Metro, wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac Christine milik Jiaxin Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia sebagai overdraf pada 2012.

Jiaxin ditahan oleh polis persekutuan Australia di lapangan terbang itu malam tadi dan dikatakan sudah membelanjakan RM 9.9 juta membeli beg tangan serta barangan mewah yang lain.

Hari ini, Jiaxin dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Waverley menghadapi pertuduhan mengambil kesempatan kewangan biarpun tahu ianya satu kesalahan.

Menurut dokumen mahkamah, Jiaxin Lee yang beberapa kali melakukan kesalahan antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.

Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.

Mahkamah juga diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia.

Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.

Ketika membenarkan Jiaxin diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.

“Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”

Menurut majistret itu, jika itu keadaannya, Jiaxin hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakannya tetapi tidak melanggar undang-undang.

Wanita itu yang tinggal di Australia sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya di Rhodes, utara Sydney, sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah 21 Jun depan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top