Guru Di Bandaraya New York Mengoyak Tudung Kepala Pelajar Berumur 8 Tahun, Mendapat Balasan Yang Sepatutnya... - The Coverage Edisi BM
Berita

Guru Di Bandaraya New York Mengoyak Tudung Kepala Pelajar Berumur 8 Tahun, Mendapat Balasan Yang Sepatutnya…

Seorang pengganti guru yang mengajar di Bronx, New York telah dibuang kerja selepas menarik tudung seorang pelajar perempuan yang berumur lapan tahun sehingga koyak.

Pada minggu yang lepas, seorang pengganti guru bernama Oghenetega Edah, 31, telah dilaporkan mendesak seorang pelajar perempuan Muslim untuk membuka tudung kepalanya sebagai denda “membuat nakal” di dalam kelasnya di Bennington School, New York.

Edah baru sahaja memulakan pekerjaannya sebagai pengganti guru setiap hari di bulan Januari, telah dihentikan oleh Jabatan Pendidikan New York pada 3hb Mei.

“Kejadian yang dilaporkan ini tidak sepatutnya terjadi, dan juga tidak boleh diterima,” kata Michael Aciman, jurucakap Jabatan Pendidikan New York berkata, “Individu ini telah dikeluarkan dari sekolah dan pekerjaannya juga dihenti dengan serta-merta.” Bagi saya, apa yang Aciman telah sebut adalah betul, hanya disebabkan oleh sikap yang nakal, seorang kanak-kanak perempuan didesak untuk memnuka tudungnya, lalu ditarik sehingga koyak. Bukankah itu keganasan terhadap kanak-kanak?

Menurut The New York Post, Sarah Alzockary, 8, pada waktu itu bermain dalam kelas dan duduk di atas kerusi guru. Kemudian, dia sentuh lengan pelajar itu dengan niat untuk menyuruh dia berdiri dan balik ke tempat duduk sendiri di dalam kelas. Tetapi pelajar itu masih lagi duduk di atas kerusi guru, lantas pengganti guru itu marah dan memberitahu pelajar itu yang dia akan membuka tudung kanak-kanak itu. Laporan polis telah menyatakan yang guru itu telah mencederakan mata kanan kanak-kanak itu.

Tidak lama selepas itu, pelajar itu telah dihantar ke Jacobi Medical Center, dan doktor telah menyatakan kecederaan itu tidak parah dan bukan kekal.

Apakah pendapat anda? Adakah tindakan yang diambil oleh guru ini dipengaruhi keganasan terhadap orang Islam di Amerika Syarikat pada masa kini?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top