Remaja 18 Tahun Jual Dara Pada Harga RM10 Juta - The Coverage Edisi BM
Dunia

Remaja 18 Tahun Jual Dara Pada Harga RM10 Juta

Sebelum ini, Aleexandra Kefren telah mengiklankan diri untuk menjual daranya dan hajatnya menjadi kenyataan apabila mendapat bidaan tertinggi pada harga 2.3 juta euro atau kira-kira RM10 juta daripada seorang ahli perniagaan Hong Kong.

Proses bidaan itu telah dikendalikan oleh sebuah agensi, Cinderella Escorts dari Jerman. Bagi tujuan berkenaan, sebuah bilik hotel telah ditempah dan Kefren, 18, juga telah berbual dengan pembelinya itu melalui telefon.

Mereka bagaimanapun masih belum berjumpa.

“Saya memang mahu menjual dara saya dengan Cinderella Escorts berbanding memberikannya kepada rakan saya yang mungkin akan meninggalkan saya,” katanya.

Keputusan Kefren ini bagaimanapun telah mendapat tentangan daripada keluarganya dan mereka mengancam untuk membuangnya jika dia tetap dengan keputusan berkenaan kerana apa yang dilakukan oleh Kefren ini tiada bezanya dengan pelacur, yang menjual kehormatan kepada lelaki yang sedia memberikan bayaran.

Selepas mendapat bidaan berkenaan, Cinderella Escorts telah menerima tawaran daripada kira-kira 300 anak dara yang berhajat mahu menjual dara mereka dari seluruh dunia termasuk dari Australia, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Selatan serta Asia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top