Dato Cederakan Pengawal Keselamatan Dengan Pemotong Besi? - The Coverage Edisi BM
Jenayah

Dato Cederakan Pengawal Keselamatan Dengan Pemotong Besi?

Seorang yang dikatakan bergelar Dato telah mencederakan pengawal keselamatan dengan menggunakan pemotong besi kerana mengambil gambar semasa melakukan kesalahan.

Dikongsikan oleh David Marshel di laman facebook, adakah betul tindakan Dato yang menggunakan kekerasan ini? Memetik Harian Metro, lelaki berkenaan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Dikirim oleh David Marshel pada 14 Januari 2017

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata,

“Suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara penjara maksimum tiga tahun atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu,” katanya.

Dalam kejadian 4 petang itu, suspek berang selepas perbuatannya memotong pengunci tayar dirakam seorang pengawal keselamatan menggunakan telefon bimbit sebelum bertindak menyerang dan kejadian itu menjadi tular dalam laman sosial.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top