[VIDEO] Kamera Sekuriti Menangkap Seorang Gadis Diculik Oleh Sekumpulan Lelaki! - The Coverage Edisi BM
Berita

[VIDEO] Kamera Sekuriti Menangkap Seorang Gadis Diculik Oleh Sekumpulan Lelaki!

Di Regalia Residence semalam, kamera sekuriti telah menangkap video yang menunjukkan seorang lelaki berpura-pura menjadi pondan, membawa wanita keluar dari tempat kediaman dan ke arah keretanya. Video ini telah dikongsi oleh pengguna Facebook Leena Mohd Arif.  Mangsa boleh dilihat memakai merah jambu dan berpakaian penuh: tudung, baju dan skirt panjang. Terdapat dua video yang mengiringi status Facebook beliau, satu memaparkan paras rupa lelaki pondan itu. Video yang kedua menunjukkan perempuan itu diculik dan ditarik ke dalam kereta.


Video ini menunjukkan bahawa lelaki yang membawa wanita itu menggunakan gerakan yang lembut, bagai seorang lelaki pondan. Video yang kedua adalah hitam dan putih, memaparkan tempat memarkir kereta dan juga dimana peristiwa menculik itu berlaku.


Video di atas mungkin agak panjang. Ia menunjukkan yang wanita itu jelas tidak senang hati apabila dibawa ke tempat kereta, bagaimanapun, dia terpaksa berlari lebih dekat kepada lelaki pondan itu untuk memberi jalan kepada kereta di belakang. Tidak lama selepas itu, dua orang lelaki boleh dilihat keluar dari kereta di belakang, lalu merebut beliau dan membawa beliau ke dalam kereta. Apabila gadis itu menyedari apa yang berlaku, dia cuba untuk melarikan diri, walaupun telefon bimbitnya sudah terjatuh. Bagaimanapun, beliau gagal untuk melarikan diri, kerana orang-orang menarik perempuan itu lalu meletakkan beliau ke dalam kereta.

Komen-komen pembaca menunjukkan ketakutan mereka. Tetapi sejam yang lalu, Leena Mohd Arif mengemaskini bahawa mangsa culik itu kini selamat.
Terima kasih kepada polis, dan kamera keselamatan yang telah menangkap segala-galanya!

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top