Dikecam Gambar Selfie Seksi, Jururawat Lawan Balik Kritikan Netizen - The Coverage Edisi BM
Komuniti

Dikecam Gambar Selfie Seksi, Jururawat Lawan Balik Kritikan Netizen

Seorang jururawat di Taipei menjadi sensasi media sosial selepas gambar-gambar selfie di Instagramnya mengundang pelbagai reaksi dari kedua-dua peminat dan pengkritik.

Dengan lebih daripada 200,000 pengikut di Instagram, Carina Linn, seorang jururawat berusia 23 tahun biasanya memuatnaik gambarnya dalam pakaian jururawat, bikini atau pelbagai pakaian lain di ‘fitting room’.

Bagaimanapun, satu gambarnya telah mendapat lebih 11’000 sukaan dari pengikutnya di instagram; gambar berpakaian bikini dengan denim seluar pendek yang dikecam dikatakan bersifat provokatif.

Carina terpaksa membidas pengkritik dan memuatnaik gambar diri sendiri di tempat kerja dengan pakaian jururawat dengan kapsyen, “Pertama sekali, saya sudah tidak bekerja di Hospital Besar Min-Sheng untuk beberapa waktu (jangan tanya di mana saya bekerja lagi).

“Saya masih seorang jururawat sepenuh masa seperti sebelum ini. Saya adalah seorang jururawat, yang bekerja di sebuah hospital. Saya bukan seorang model atau jurugambar. Lebih-lebih lagi, saya tidak mengambil gambar kerana saya cuba untuk menjadi terkenal.

“Saya adalah saya, saya melakukan perkara-perkara yang membuat saya rasa gembira, saya tidak fikir bahawa saya istimewa atau luar biasa, saya hanya seseorang insan yang menjalani kehidupan yang biasa.

“Selain itu, anda tidak perlu mempunyai apa-apa pendapat tentang saya. Mengapa? Kerana saya serius tentang kerja saya dan saya serius tentang kehidupan.

“Anda hanya seorang yang teruk di belakang skrin anda, yang cemburu atas kehidupan orang lain yang lebih memuaskan dari kehidupan anda.

“Jadi, pada asasnya, anda seorang yang tidak mencapai apa-apa dalam kehidupan, menyebut kata-kata yang sama di dalam otak anda yang semuanya sampah.

Diakui, Carina Linn memang seorang jururawat yang cantik menawan, samada berpakaian jururawat atau sebaliknya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top