Tak Sengaja Rosakkan Rambut, Gadis Ini Dipaksa Cukur Rambutnya Oleh Pihak Salun - The Coverage Edisi BM
Komuniti

Tak Sengaja Rosakkan Rambut, Gadis Ini Dipaksa Cukur Rambutnya Oleh Pihak Salun

Rambut adalah aset yang amat berharga kepada mana-mana wanita. Bayangkan pula tiba-tiba (dan tidak disangka-sangka) anda diberitahu bahawa rambut anda perlu dicukur?

Ini yang berlaku kepada seorang gadis dikenali sebagai Mon Wong. Gadis ini telah kongsikan pengalaman buruk dan ngeri semasa di salon tersebut.

Mon Wong membeitahu lagi dia kerap ke salun tersebut – salah satu salun yang dia telah pergi untuk beberapa tahun, dan pada umumnya sangat gembira dengan khidmat mereka.

“Sebahagian daripada anda mungkin berfikir ia bukan satu masalah besar, kerana tidak berlaku kepada anda.

“Perkongsian ini tidak bertujuan untuk merosakkan perniagaan mereka, tetapi sebagai perkongsian pengalaman dahsyat yang saya terpaksa lalui.

“Sebelum Tahun Baru Cina, saya ke salun untuk mendandan rambut baru saya. Saya memberitahu mereka apa yang saya mahu, dan mereka lakukan imej yang dia mahukan.

“Semasa proses pelunturan, terdapat satu isu, menyebabkan rambut saya rosak.

“Mereka merosakkan rambut saya. Bos wanita yang saya kenal tiba-tiba keluar memberitahu saya bahawa dia tidak tahu saya berada di sini, dan bahawa pekerja dia tidak tahu sifat rambut saya (mungkin rapuh) dengan itu merosakkannya.

“Dia memberitahu saya bahawa rambut saya tidak boleh ‘digunakan’ lagi, dan saya perlu mencukur seluruh bahagian belakang kepala saya.

“Bos itu juga berkata bahawa tidak guna menyimpan rambut hancur tersebut kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Jadi tiada pilihan lain selain perlu dicukur.

“Saya sangat terkejut masa itu, saya hanya membiarkan mereka berbuat demikian.

Selepas itu, pemilik salun memberitahu saya bahawa perkhidmatan hari itu adalah percuma dan memohon maaf beberapa kali, tetapi itu tidak dapat menyelamatkan rambut saya.

“Sekarang, saya rasa saya ada gaya rambut yang unik. Apabila saya ikat rambut ia kelihatan unik, tetapi amatlah mengecewakan, saya kelihatan seperti seorang pesakit kanser.

“Ada sesiapa boleh perkenalkan saya teknik agar rambut cepat tumbuh?

Netizen yang membaca kisahnya terkejut dengan pengalamannya di salun tersebut.

Rata-ratanya mereka meluahkan rasa simpati, dan ada juga netizen mengatakan kejadian itu sebagai pengajaran agar berfikir dua kali sebelum meluntur rambut mereka manakala yang lain memberi amaran kepada rakan-rakan mereka untuk berhati-hati.

Bagaimana pula perasaan anda jika perkara ini berlaku kepada anda?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top