Lambakkan Produk Tiruan Di Pasaran, Macam Mana Nak Bezakan Dengan Original? - The Coverage Edisi BM
Berita

Lambakkan Produk Tiruan Di Pasaran, Macam Mana Nak Bezakan Dengan Original?

Ramai antara kita masa kini lebih gemar untuk membeli barang secara atas talian, apatah lagi bila barangan tersebut jauh lebih murah daripada biasa. Ada juga sesetengah peniaga mendakwa barangan yang dijual adalah asli, sebaliknya ia sebenarnya tiruan!

Tahukah anda, wang yang digunakan untuk membeli produk tiruan ini kebanyakkannya disalurkan kepada kartel-kartel jenayah untuk membiaya aktiviti haram, seperti dadah, rasuah, pelacuran dan paling teruk hingga kepada pembunuhan?

Di Malaysia, dianggarkan jualan produk barangan tiruan mencecah sehingga RM8 billion pada tahun lepas dengan RM5 billion daripadanya datang daripada penyeludupan rokok haram.

Apa yang membuatkan rakyat Malaysia masih tegar untuk memilih produk tiruan berbanding original ini adalah sikap sesetengah daripada kita yang gemar untuk bersikap acuh tak acuh dan gemar untuk mencari jalan singkat dalam memilih barangan.

Akibatnya, ada pengguna yang mengalami kesan sampingan akibat daripada penggunaan barangan palsu ini, seperti iritasi pada kulit akibat produk kosmetik tiruan, kerosakkan pada enjin kereta akibat daripada minyak enjin palsu, dan kerugian wang dan harta benda akibat daripada wang tiruan yang digunakan ketika membeli-belah.

Jika anda tidak mahu menyumbang wang kepada aktiviti jenayah tanpa anda sedari dan tidak mahu menanggung kerugian akibat daripada penggunaan produk palsu, jom ketahui cara bagaimana untuk membezakan produk tiruan dengan produk original.

1. Produk Tenusu

Kebanyakkan produk tenusu original mempunyai pek bungkusan oleh mesin, jadi ia akan mempunyai garisan potongan sempurna. Manakala produk palsu pula mempunyai logo dan warna yang berbeza berbanding produk original.

2. Wang Kertas

Perhatikan jalur emas pada wang kertas, sekiranya berwarna lebih terang, ia mungkin wang kertas palsu. Selain iu, watermark Agong dan kotak ‘peak’ adalah lebih jelas. Malah, garisan keselamatan mikro dengan perkataan BNM juga sepatutnya kelihatan lebih jelas dibawah cahaya terang.

3. Minyak Enjin

Sebagai contoh, minyak enjin Shell sepatutnya mempunyai bungkusan khas dengan label “Untuk Pasaran Malaysia” dihadapan yang boleh dicabut dengan kod QR unik.

4. Kasut

Pastikan nombor siri pada kotak kasut adalah sama dengan bahagian dalam lidah kasut. Nombor siri kasut kanan dan kiri juga sepatutnya berbeza. Jika sama, maka produk tersebut mungkin produk palsu.

Cara lain, periksa logo pada kasut dan pastikan ia timbul. Produk palsu kebanyakknya hanya digam atau dilukis.

5. Produk Kosmetik

Kebanyakkan produk kosmetik akan menjual warna yang tidak dijual dalam produk original. Justeru, semak warna produk kosmetik anda dilaman web pengeluar bagi memastikan ia original!

Selain itu, produk kosmetik juga takkan dijual dengan harga diskaun yang tidak masuk akal. Produk original juga akan datang bersama sijil kualiti. Jika anda ragu-ragu dengan produk kosmetik anda, sila minta pada penjual untuk tunjukkan sijil kualiti bersama-sama ketika pembelian.


Pastikan anda menyemak terlebih dahulu produk yang anda beli kerana ia mungkin produk palsu!

Sumber: Ikat Tepi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top