Memperkenalkan, Voice of Baceprot: BABYMETAL bertudung dari Indonesia! - The Coverage Edisi BM
Berita

Memperkenalkan, Voice of Baceprot: BABYMETAL bertudung dari Indonesia!

Muzik adalah topik yang kontroversial. Lebih-lebih lagi apabila ianya muzik metal. Sama ada atau tidak anda suka, jika sesuatu perkara itu kontroversial, ia akan menjadi lebih ekspresif. Hijab juga topik yang kontroversial. Apabila dua topik kontroversi bergabung bersama untuk memjadi satu, ianya menjadi Voice of Baceprot (VoB), yang bermaksud “suara bising”.

Kerana topik ini agak di luar sana, saya meletakkan penafian di sini: Jika anda rasa ini tidak betul, pendamkannya. Jika anda rasa ini adalah sesuatu yang disambut, okay. Tapi janganlah menyinggung perasaan mereka yang tidak setuju. Cuba kita dengar apa yang telah dikatakan oleh seseorang dari Majlis Ulama’ Indonesia…

“Saya melihat ini sebagai sebahagian daripada kreativiti golongan remaja.”

Siapa yang telah berkata begitu? Setiausaha Agung Bahagian Seni dan Kebudayaan Islam, Majlis ‘Ulama Indonesia.

Terdapat kemungkinan ini mencetuskan pertembungan budaya, disebabkan penerimaan biasa yang kanak-kanak perempuan Muslim tidak boleh bermain muzik hardcore. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak perempuan yang menggunakan suara mereka untuk menghibur dan untuk meluahkan perasaan mereka, mereka tidak nampak jika mereka telah membuat kesalahan. Salah seorang daripada mereka, yang merupakan seorang pemain gitar dan vokalis kumpulan Voice of Baceprot itu berkata,

“Saya rasa seperti kesaksamaan jantina perlu disokong, kerana pada masa kini saya rasa seperti saya masih meneroka kreativiti saya. Pada masa yang sama, saya tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang wanita Islam. “

Sebahagian besarnya ialah disebabkan oleh hakikat bahawa secara tradisinya, ia lebih diterima untuk wanita yang menutup aurat kekal bersuara yang lembut. Wanita Islam secara amnya dilihat sentiasa tunduk kepada suami mereka (dan sebelum suami, bapa). Walaupun kumpulan kanak-kanak perempuan ini masih muda, mereka amat matang dan mempunyai fikiran yang melangkaui umur mereka.

Sumber: REUTERS | (Kiri ke kanan) Firdda Kurnia, Euis Siti Aisyah, dan Widi Rahmawati

Voice of Baceprot telah mendapati yang diri mereka mempunyai sebilangan penyokong dan terdapat juga mereka yang berharap untuk menyuruh kanak-kanak remaja ini menjadi konservatif. Perlahan-lahan, mereka meneroka dan mencari “bunyi” mereka, ia tidak mengejutkan lagi yang tidak ramai mengetahui tentang mereka, terutamanya di negara asal mereka, Indonesia.

Peminat mereka dikatakan telah mengaitkan pembentukan kumpulan ini dengan hak asasi manusia: jika seorang wanita mempunyai bakat, bukankah lebih baik untuk wanita itu menggunakan bakatnya?

Secara peribadi, saya bersetuju dengan pemikiran itu.

Bagi mereka yang ingin mendengar mereka, sila tontoni video ini! (Jangan headbang sehingga kepala tertanggal, ya!)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top