[MENYAYAT HATI!] Bayi Berumur 17 Bulan Menangis Kerana Fikir Ibunya Tidak Peduli... - The Coverage Edisi BM
Berita

[MENYAYAT HATI!] Bayi Berumur 17 Bulan Menangis Kerana Fikir Ibunya Tidak Peduli…

Jika anda sedang berjalan dan tiba-tiba terdapat seorang bayi menangis, menghisap susu ibunya, hanya untuk menyedari yang bayi itu merasakan dia tidak dipeduli oleh ibunya… Apakah perasaan anda? Sebenarnya, ibu kepada bayi itu telah meninggal dunia.

Satu insiden yang sangat memilukan telah berlaku di India apabila bayi yang baru berusia 17 bulan, ditemui sedang menyusu ibunya yang telah meninggal dunia.

Bayi itu ditemui oleh seorang pemuda di Madhya Pradesh, India, yang kemudian menghubungi polis. Setelah polis sampai ke tempat kejadian, mereka ternampak ramai orang sekitar badan wanita itu, dengan bayinya yang sedang menangis.

“Apabila kami menghampiri mayat, kami ternampak bayinya yang menangis semasa menghisap susu dari badan ibunya yang telah mati itu. Disebabkan oleh kejadian itu, kami menangis,” katanya.

Seorang pekerja di landasan kereta api berdekatan, Nand Ram, menyatakan budak kecil itu menangis kerana merasakan ibunya tidak memberi perhatian kepadanya.

“Budak kecil itu menangis apabila ibunya tidak melayan dia, kanak-kanak itu kemudian mula mendaki badan ibunya dan minum susu. Bukan sahaja kita terkejut, kita juga sedih untuk menonton tempat kejadian,” sambung Nand Ram.

Dia meninggal dunia, dengan anaknya yang sedih dan menangis. Bagai tidak begitu adil untuk anaknya yang tidak memahami apa-apa!

Wanita itu yang disyaki telah terlibat dalam suatu kemalangan.

Bayi itu dibawa ke hospital dan pencarian ahli keluarga yang lain telah dijalankan untuk mencari penjaga yang berpotensi. Menurut jurucakap hospital, kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada pukul 10 pagi. Selepas pemeriksaan kesihatan, kanak-kanak itu mempunyai selesema, dan telah diberikan ubat.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top