Sekumpulan Lelaki Remaja Merogol Seorang Pelajar Perempuan Secara Berkumpulan Sambil Mengambil Gambarnya - The Coverage Edisi BM
Berita

Sekumpulan Lelaki Remaja Merogol Seorang Pelajar Perempuan Secara Berkumpulan Sambil Mengambil Gambarnya

Tidak lama sebelum hari ini, terdapat satu jenayah yang telah terjadi di Kota Kinabalu, melibatkan seorang perempuan dan sepasang lelaki remaja. Dua orang lelaki remaja (16 dan 17 tahun) berikut telah ditangkap atas kesalahan merogol pelajar perempuan (17 tahun) itu.

Menurut China Press, kes rogol itu telah terjadi beberapa bulan lalu. Kejadian ini telah diketahui disebabkan oleh gambar-gambar yang mereka telah ambil apabila sedang merogol perempuan itu dibocor. Gambar-gambar ini telah dijumpai oleh guru disiplin sekolah itu. Sepasang perogol itu lalu dipanggil dan ditangkap. Menurut mereka, kejadian itu terjadi pada 1 hari bulan April, apabila mereka memanggil pelajar perempuan itu untuk berbincang tentang sesuatu di pondok belakang sekolah.

Apabila pelajar perempuan itu datang, mereka menarik perempuan itu kedalam pondok itu dan mula merogol perempuan itu sambil mengambil gambar dan merekod video. Selepas itu, mereka telah mengugut perempuan itu supaya dia tidak akan bercerita tentang kes itu kepada orang lain.

Imej-imej yang diambil oleh mereka telah dibocorkan pada 5 Julai. Polis telah menahan kedua-dua lelaki itu untuk siasatan lanjut manakala gadis itu telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Apakah yang kita sedang mengajar anak lelaki kita jika mereka mula merogol perempuan pada umur yang muda sebegini?

(Sumber: China Press)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top