John Cena Lamar Kekasih Di Gelanggang WWE - The Coverage Edisi BM
Sukan

John Cena Lamar Kekasih Di Gelanggang WWE

65,000 penonton yang menyaksikan Wrestlemania 33 tercengang apabila ahli gusti terkemuka Amerika Syarikat, John Cena melamar kekasihnya di dalam gelanggang gusti World Wrestling Entertainment (WWE).

Mirror melaporkan, penggusti berusia 39 tahun itu, melamar Nikki Bella yang juga menceburi bidang sama apabila mereka berdua bergandingan menewaskan lawan mereka, The Miz dan Maryse di Stadium World Camping di Orlando pada Ahad.

Bekas juara WWE itu melutut sebelah kaki sebelum melamar Bella yang berusia 33 tahun yang kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Cena.

Bella nyata terkejut dengan lamaran tersebut namun menerimanya dengan gembira sambil mendapat sorakan daripada penonton.

John mendedahkan, dia pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Bella tetapi mahu melamar wanita itu secara rasmi sambil disaksikan puluhan ribuan penonton di gelanggang gusti.

“Saya bertanya kepadanya bahawa satu hari nanti saya akan mengahwini dan dan mahu jawapan ‘ya’ daripadanya.

“Saya hanya meminta dia berkata ‘ya’ sekali lagi di hadapan orang ramai,” kata John.

“Pada ulang tahun kami yang ketiga, John akhirnya mengakui perkahwinan bukan perkara yang menganggunya dan dia mahu berkahwin dengan saya.

“Saya mahu dia sepanjang hidup dan saya tidak boleh hidup tanpanya,” kata Bella.

Pasangan itu bercinta sejak 2012 selepas Cena berpisah dengan kekasihnya yang dikenali sejak kecil, Elizabeth Huberdeau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top