Pingat Emas Olimpik Usain Bolt Ditarik - The Coverage Edisi BM
Sukan

Pingat Emas Olimpik Usain Bolt Ditarik

LAUSANNE: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebentar tadi mengumumkan penarikan balik pingat emas acara 4 x 100 meter yang dimenangi kuartet Jamaica pada temasya Olimpik Beijing 2008.

Ini selepas seorang daripada ahli kuartet berkenaan, Nesta Carter disahkan terbabit doping. Keputusan berkenaan diambil selepas semakan semula ke atas ratusan sampel daripada temasya sukan terbabit.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan rakan Carter dalam kuartet itu, Usain Bolt turut terjejas.

Dia kehilangan satu daripada tiga pingat emas yang diraih pada temasya Olimpik berkenaan. Carter bersalah selepas didapati positif terhadap ujian bahan terlarang Methylhexanamine. -AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top