UMNO Sebenarnya Memerlukan Zahid Hamidi , Khairy dan Tengku Razaleigh dan Bukannya Salah Satu Dari Mereka - The Coverage Edisi BM
Berita

UMNO Sebenarnya Memerlukan Zahid Hamidi , Khairy dan Tengku Razaleigh dan Bukannya Salah Satu Dari Mereka

Setakat ini pemilihan UMNO secara luarannya nampak mesra , berhemah dan matang apabila ketiga – tiga kepimpinan tertinggi tidak mengamalkan politik saling bermusuhan. Namun begitu , masalah mula timbul apabila penyokong calon ketiga – tiga pemimpin yang bertanding dalam pemilihan kali ini saling menyerang antara satu sama lain. Yang menjadi masalah bukanlah pemimpin yang menjadi calon tetapi penyokong – penyokong pemimpin yang menjadi calon.

Naratif yang cuba dibina oleh penyokong masing – masing terhadap ketiga – tiga calon ini adalah

Zahid Hamidi

  • memiliki liabiliti bayang – bayang Najib
  • menjatuhkan kepimpinan “warlord”
  • merangkak kepada Tun Mahathir
  • perlu bertanggungjawab atas kekalahan PR 14 sebagai beregu Najib

Khairy Jamaluddin

  • muda dan tidak berpengalaman
  • terlalu liberal
  • tidak sabar dan terlalu bercita – cita tinggi
  • mengkhianati kem Tengku Razaleigh
  • bersekongkol dengan Zahid Hamidi

Tengku Razeleigh

  • terlalu tua
  • selama ini diam dan pasif dan kini hanya mula bersuara
  • pernah bersuhabat dengan Tun Mahathir dalam Deklarasi Menjatuhkan Najib

Penulis berasa hairan mengapa setiap kali adanya pertembungan dalaman maka kehebatan politik penyokong masing – masing sememangnya bijak , handal dan pantas berpolitik tetapi setiap kali berhadapan dengan pihak lawan kehebatan politik ini pula sering kali menjadi kebodohan berpolitik ? Adakah pada hari ini pertembungan kausa antara Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming dalam DAP tidak dapat dieksplotasi? Adakah pada hari ini pertembungan antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam PKR tidak dapat ditembusi? Di manakah suara dan kehebatan politik penyokong UMNO dalam membina strategi , penjenamaan dan naratif politik terhadap pihak lawan mereka ?

Sampai hari ini tiada satu pihak yang melihat sebenarnya UMNO memerlukan ketokohan ketiga – tiga kepimpinan yang bertanding. Yang ada hanya saling membezakan dan saling mencari kelemahan pihak calon daripada menyatukan dan mencari kekuatan. Perbezaan politik sememangya lumrah tetapi dalam mencari perbezaan perlu juga ada titik persamaan.

Sebagai contohnya , terdapat banyak perbezaan antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Namun begitu , perbezaan ini dapat disatukan demi menjatuhkan kepimpinan Najib , UMNO dan BN.

Mengapa UMNO Memerlukan Ketokohan Ketiga – Tiga Kepimpinan Ini ?

Zahid Hamidi

Beliau memiliki aura sebagai seorang tokoh pejuang Melayu. Kita perlu sedar bahawa realiti PR 14 tiada menandakan terdapatnya tsunami Melayu. Yang berlaku hanyalah dari segi persepsi dan bukannya dari segi angka. Komuniti Melayu yang menyokong Pakatan Harapan hanyalah sekitar 25-30% pada PR 14. Keadaan ini menandakan 70% komuniti Melayu sebenarnya tidak menyokong kerajaan sedia ada. Angka sebegini yang tidak diketahui ramai. Yang diketahui selama ini adalah persepsi terdapatnya tsunami Melayu maka kerajaan UMNO dan BN tumbang. Daripada 52 kerusi FELDA hanya 19 kerusi yang tumbang.

Dalam kalangan 25-30% penyokong Melayu kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya majoriti adalah penyokong Melayu bandar. Terdapat juga sedikit yang mampu dicairkan atas faktor Tun Mahathir. Ada juga segelintir yang marah dan tidak gembira dengan segelintir isu dan pemimpin UMNO tetapi lebih kepada mahu mengajar UMNO atau meluahkan ketidakpuasaan tetapi tidak sesekali membayangkan tindakan mereka akhirnya akan menyebabkan pertukaran kerajaan. Ada juga ramai lagi penyokong UMNO yang mengambil mudah pada PR 14 kerana tidak sesekali membayangkan UMNO akan kalah maka tidak keluar mengundi. Pengundi – pengundi sebegini yang seharusnya menjadi fokus pada Pilihan Raya yang akan datang.

Namun begitu , adakah UMNO membuat ramalan politik untuk PR 15 ? Adakah pada ketika itu Tun Mahathir masih akan menjadi faktor utama? Adakah pada ketika itu Anwar Ibrahim atau kepimpinan lain dalam Pakatan Harapan masih akan dapat menarik sokongan sebanyak 25-30% dalam kalangan Melayu seperti Tun Mahathir? Adakah pada ketika itu tidak akan berlakunya pertembungan dalaman dalam Pakatan Harapan?

Jangan UMNO mudah terbawa – bawa dengan persepsi , slogan , idea dan retorik politik atas kekalahan mereka tanpa membuat analisis mengikut kebenaran , statistik dan realiti politik. Parti politik untuk komuniti Melayu masih diperlukan pada masa ini.

Tun Mahathir seorang yang begitu strategik dan berpandangan jauh dalam wawasan 2020 , MSC dan banyak lagi perkara dalam 20-30 tahun ke hadapan tetapi mengapa pula parti BERSATU hanya untuk orang Melayu sahaja? Mengapa sampai kini masih tidak mahu membuka keahlian kepada bukan Melayu? Hal ini Tun Mahathir adalah seorang yang pragmatik dalam politik.

Akan menjadi bahan jenaka atau political suicide sekirannya suara orang – orang bandar mahu UMNO untuk menjadi lebih terbuka dan akhirnya NICHE politik untuk orang Melayu hanya tinggal PPBM dan akhirnya menguntungkan mereka. UMNO yang memiliki bilangan kerusi 5 kali ganda lebih daripada PPBM seharusnya meneruskan NICHE politk mereka selama ini. NICHE politik tidak semestinya menandakan perlu menjadi ‘racist’ , terlalu ‘ring wing’ dan memainkan isu – isu perkauman. Ini adalah penaksiran yang tidak tepat.

Oleh itu , suara orang bandar akan mengatakan bahawa Zahid bukan pilihan mereka. Zahid akan melemahkan UMNO. Pemikiran orang bandar sebenarnya adalah pemikiran katak dibawah tempurang apabila mereka sering kali berpendapat pandangan mereka adalah the universal or the world view sedangkan kalau mereka masuk ke kampung baharu mereka akan sedar pandangan dan idea mereka jauh sekali dapat diterima.

Imej kemelayuan Zahid Hamidi sebenanrya kunci kepada penyatuan pengundi Melayu terhadap UMNO pada PR 15 akan datang. VOTE BANK Melayu sebanyak 40-70% yang tidak menyokong Pakatan Harapan juga akan kekal sekirannya Zahid bersama kepimpinan UMNO lain bijak mengaturkan strategi dalam pilihan raya akan datang. Imej dan Identiti Melayu yang dikatakan sebagai liabiliti ini sebenarnya adalah asset dan senjata politik yang amat penting. Imej ‘uneducated’ , ‘english yang tidak baik’ , ‘orang lama’ , ‘ kurang professional ‘ adalah imej politik kampung untuk orang kampung ( luar bandar ) .

Anwar Ibrahim akan mengalami dilemma politik yang amat besar pada ketika itu kerana imejnya yang sering berubah – ubah akan terfikir sama ada untuk bertanding dengan Zahid dari segi imej ini atau tidak? Jika tidak bertanding maka undi 25-30% Melayu terhadap Pakatan Harapan mungkin akan terancam. Jika bertanding maka adakah Anwar akan mula kehilangan penyokong bandar dan bukan Melayu ? Dan jika bertanding sekalipun adakah imej Melayunya akan lebih menyakinkin berbanding dengan Zahid ?

Imej Zahid Hamidi sebegini juga jauh lebih sesuai sekirannya pada masa hadapan memerlukan politik JALANAN seperti Mat Sabu untuk turun padang berdemonstrasi terhadap mana – mana isu besar dalam politik masa hadapan berbanding Khairy dan KULI. Imej sebegini membuatkan penyokong turun padang menentang sekirannya perlu.

Khairy Jamaludin 

UMNO juga memerlukan Khairy. Cuba dalam isu ini kita kena bahagikan kepada beberapa konteks politik yang berbeza. Khairy memiliki bayang – bayang Pakatan Harapan. Jangan pula terdapat identiti sedemikian maka kita hendak terus menolak beliau. To defeat your enemy politically at their own strength. Kenyataan ini bermakna UMNO memerlukan Khairy untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan. Reformis vs Reformsi , Multiracial vs Multiracial , Liberal vs Liberal , ‘Chemeloan vs Chameleon , Debat vs Debat , Khairy vs Anwar.

UMNO perlu melihat ini dari segi strategi politik dan bukannya berdasarkan kepada emosi. Kalau melihat dari perspektif politik maka ini sebenarnya adalah satu kelebihan dan bukanna liabiliti , pengkhianat dan pelbagai lagi persepsi politik negatif dari segi emosi. Khairy adalah senjata terbaik untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan dari segi pertembungan idea , budaya , strategi dan visi politik.

Analisis politik adalah Pakatan Harapan kini adalah kerajaan dan mereka akan mula memiliki DNA sebagai ‘yes man’. Untuk politik jangka panjang kepimpinan dalam Pakatan Harapan akan secara evolusi menjadi seperti BN. Oleh itu , kabinet baharu mereka pada kali ini adalah mereka yang diam , yes man dan pejuang seperti Nga Kor Ming dan pelbagai lagi disisihkan. Ramai dalam kalangan pejuang dahulu kini apabila diwawancara soalan tertentu juga akan mula membisu dan menjawab no comment. DNA baharu ini secara sedar atau tidak akan mula menjadi budaya baharu Pakatan Harapan.

Pejuang dan pendebat seperti Khairy ( Budaya dan DNA Lama Pakatan Harapan ) adalah senjata yang amat berguna untuk masa politik hadapan UMNO dan pembangkang terhadap kerajaan yang cenderung untuk mengangkat silent dan yes man dan bukannya pejuang. Politik masa hadapan adalah UMNO memerlukan seseorang yang mampu bersaing dari segi imej , aura dan karisma untuk berhadapan dengan imej yang sama iaitu Rafizi Ramli , Nurul Izzah , Tony Pua dan Amiruddin Shaari. Khairy kini satu – satunya dalam UMNO yang dapat bersaing dari political niche yang sedemikian.

4 Konteks Politik Untuk Khairy 

Konteks 1 – UMNO Perlu Mencaturkan Khairy Seperti PPBM Mencaturkan Shafie dan Warisan

Oleh itu , sama ada UMNO perlu berstrategi seperti Tun Mahathir untuk sedar mengetahui bahawa dirinya adalah tidak popular di Sabah dan komponen parti dari semenangjung tidak disenangi oleh masyarakat di sana maka beliau mencaturkan Shafie untuk melaungkan SABAH FOR SABAHAN dengan penubuhan parti WARISAN yang menjadi rakan komponen PPBM dari belakang tadbir.

Begitu juga dengan UMNO iaitu mencaturkan supaya Khairy memiliki MOVEMENT , PARTY atau ORGANISASI beliau sendiri untuk menjadi rakan komponen parti UMNO untuk menang dalam pilihan raya akan datang untuk bersaing dan bertanding dengan PKR dan DAP dalam kerusi – kerusi bandar dan multiracial.

UMNO perlu bersifat pragmatik seperti Tun M untuk mengakui realiti politik sebenar dirinya di Sabah dan UMNO pula mengakui dirinya yang tidak popular di kawasan bukan Melayu , bandar dan campuran. Komponen lain dalam BN sudah tidak lagi memiliki aura dan pengaruh untuk menang lagi. Hanya parti dan organisasi baharu dengan aura dan imej Khairy dapat memberi saingan. Penulis memberi satu bayangan dan anda akan mendapat jawapan tersendiri.

Parti Multiracial Khairy vs DAP / PKR berbanding dengan MCA / MIC vs DAP / PKR ? Yang mana memiliki kebarangkalian menang untuk lebih tinggi ?

Konteks 2 – Khairy Memimpin Komponen BN Lain Dan Bekerjasama Dengan UMNO

Keadaan ini bermakna MCA , MICA , PPP , GERAKAN dan komponen parti lain dipecahkan dibawah satu entiti baharu dipimpin oleh Khairy bersama dengan pemimpin – pemimpin sedia ada mereka. Idea ini adalah lebih baik berbanding konteks 1. Namun begitu , idea yang baik dalam politik tidak semestinya menandakan realiti dan pragmatism politik. Hal ini disebabkan kepimpinan lain dalam komponen BN lain masih belum lagi bersedia untuk melepaskan kuasa dan cengkaman mereka terhadap parti politik masing – masing walaupun mereka tahu ini adalah satu idea yang bernas.

Konteks 3- Khairy Dipilih Menjadi Ketua Pembangkang Atau Setiausaha UMNO

Dengan 2 posisi ini UMNO masih boleh menggunakan senjata Khairy untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan dimana Presiden Parti hanya fokus kepada soal urus kerja perjuangan parti tetapi perjuangan poltik pembangkang dibiarkan kepada Khairy untuk memikul tanggungjawab ini.

Kontkes 4 – Khairy Dipilih Menjadi Presiden Tetapi Zahid Hamidi dan Ku Li Memainkan Peranan Dalam Aktif Dalam Majlis Penasihat Seperti Tun Mahathir Elderly Council

Keadaan ini menandakan sekirannya Khairy dalam pemilihan kali ini maka beliau seharusnya melantik Zahid Hamidi sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Kuli Sebagai Majlis Penasihat Yang Aktif dan bukan hanya sekadar dari nama yang tidak berkuasa.

Tengku Razaleigh

UMNO dan pihak pembangkang juga memerlukan KULI kerana KULI terdapat banyak aura dan imej yang dapat menjadi political asset. Beliau akan menjadi penhubung antara kerabat diraja dengan rakyat. Ini merupakan satu senjata yang tidak dapat dimainkan sepenuhnya sama ada oleh Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim rajin mengadap kerabat diraja tetapi sebenarnya the rulers do not have a better choice. Kalau KULI berbanding dengan Anwar Ibrahim maka sendiri fikirkanlah siapakah yang akan mendapat kepercayaan yang sebenanrnya. Jika tidak dalam soal pelantikan Menteri Besar di Selangor mana mungkin calon pilihan Anwar akan tewas ? Hal ini disebabkan dalam konteks politik di Malaysia pengaruh dan sokongan kerabat diraja dalam politik masih relevan.

KULI juga dilihat sebagai seorang individu yang lebih sesuai berbanding dengan Zahid atau Khairy untuk mengabungkan semula kesemua komponen BN lain yang kini sama ada sudah meninggalkan atau akan meninggalkan UMNO. Komponen parti lain sukar untuk bekerjasama dengan imej , personaliti dan identiti Zahid Hamidi. Oleh itu , strategi politik yang holistik ini memerlukan kesemua pihak. Bayangkan jika Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO dan disebbakan masalah ini sebenarnya KULI diperlukan untuk mengetuai perbincangan dengan komponen parti lain dalam BN. KULI sebenarnya boleh memainkan peranan seperti Tun Daim iaitu seorang penasihat yang berkuasa dan bukan hanya sekadar pada kertas atau gelaran sahaja. Banyangkan kuasa Tun Daim kalau hakim juga boleh beliau berjumpa dan memberi arahan ? Kuasa sebegini yang perlu diberikan kepada KULI.

UMNO juga perlu ingat bahawa pasca P4 14 kesemua NGO , MOVEMENT , THINK TANK , ALTERNATIVE MEDIA dan kesemua senjata Pakatan Harapan sebelum ini sudah menjadi senjata Kerajaan Pakatan Harapan. KULI adalah calon yang paling sesuai untuk bekerjasama dengan kesemua persatuan , ngo , media dan pelbagai lagi senjata politik pembangkang untuk melawan kerajaan baharu. Perkara ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Zahid Hamidi.

Oleh itu , aura KULI yang diplomasi , mudah bawa berbincang , nice dan mesra ini diperlukan supaya faktor penyatuan segala senjata politik dapat disatukan untuk melawan kerajaan.

Zahid Hamidi juga memerlukan KULI untuk REFORM mentaliti , DNA dan budaya penyokong , pemimpin dan ahli UMNO. Perubahan mendadak bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan dalam sekelip mata. Oleh itu , dalam pemipihan kali ini antara kempen Zahid Hamidi adalah untuk meneruskan saluran bantuan kewangan kepada setiap bahagian dan cawangan. Budaya ‘warlod’ , ‘politik wang’ dan pelbagai lagi DNA lama perlu Tengku Razeleigh dalam proses pembersihan ini. Beliau memiliki aura sukar untuk orang menentang dalam kerja pembersihan sedemikian berbanding dengan Zahid atau Khairy untuk cuba untuk mengubahnya akan menandakan pengakhirnan politik dalaman mereka.

Oleh itu , penulis merasakan adalah terbaik untuk aura , identiti dan kebolehan KULI digunakan seperti mana Tun Mahathir menggunakan Tun Daim.

Akhir kata , bukankah sempurna jika Zahid Hamidi menjadi Presiden UMNO untuk menyatukan pengundi komuniti Melayu dan kerusi luar bandar , Khairy mengetuai komponen BN lain untuk bersaing dalam era politik baharu di kerusi bandar dan Tengku Razeleigh menjadi Tun Daim dalam UMNO untuk menyatukan kesemua senjata , gabungan , pertubuhan dan organisasi serta jentera untuk melawan kerajaan Pakatan Harapan disamping secara peringkat mengubah mentaliti , budaya , sikap dan DNA UMNO ?

Ketiga – tiga calon tidak perlu berubah. Kesemunya jadi diri sendiri. Khairy tidak perlu berubah menjadi pejuang Melayu dimana bukan identiti diri sebenarnya. Zahid Hamidi tidak perlu berubah menjadi lebih terbuka demi tuntutan politik baharu. KULI tidak perlu berubah menjadi muda dan seakan – akan muda atau berubah kepada pejuang politik jalanan satu hari nanti sekirannya perlu kerana sudah adanya Zahid Hamidi.

Jika Tun Mahathir , Tun Daim dan Anwar sebenarnya ketiga – tiga ini tidak selari dan saling bertentangan dan boleh memiliki satu sepakat politik untuk memainkan peranan masing – masing dan pentas untuk ketiga – tiga mereka beraksi maka mengapa tidak adanya strategi dan penyatuan peranan politik sedemikian dalam UMNO? ZAHID HAMIDI – KHAIRY – TENGKU RAZELIGH . Bayangkan sendiri dan anda akan mendapat jawapan sendiri .

A. ZAHID HAMIDI VS MAHATHIR / ANWAR

B. HAIRY VS MAHAHTIR / ANWAR

C. KULI VS MAHATHIR / ANWAR

A – C – Tidak perlu 1 vs 2. 1 vs 1 atau 2 vs 1 juga tidak akan sesekali mampu untuk menang dari segi aura , kepimpinan , pengaruh dan kebolehan.

D. ZAHID / KHAIRY / KULI / vs MAHATHIR / ANWAR

Lebih kuat ?

Tetapi jangan lupa PR 15 ada beberapa kebarangkalian.

E. ZAHID / KHAIRY / KULI vs ANWAR

Anwar bukan Mahathir dan gabungan 3 vs 1 adalah terlalu berat untuk Anwar berdepan

F. ZAHID / KHAIRY / KULI vs AZMIN

Lagi tidak perlu untuk penulis memberi jawapan anda sudah tahu Azmin bukan Anwar maka ?

THE COVERAGE MEDIA – SYA

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

Loading...
To Top