[VIDEO] Dua kereta berlanggar, lalu membunuh seorang bayi dalam kemalangan jalanraya! - The Coverage Edisi BM
Berita

[VIDEO] Dua kereta berlanggar, lalu membunuh seorang bayi dalam kemalangan jalanraya!

Semalam, sebuah page yang dinamakan sebagai “我们 是 马来西亚人 We Are Malaysians” berkongsi video yang menggambarkan sebuah kereta yang melanggar sebuah kereta lain yang kemudian merempuh bukit dan sebahagian kereta terjatuh ke dalam longkang. Sementara itu, kereta yang melanggar itu pula melanggar pembahagi jalan. Kereta yang dilanggar pada mula itu adalah Perodua putih, yang mempunyai sebuah keluarga didalamnya, manakala yang yang melanggar pembahagi jalan adalah sebuah kereta Proton, seperti yang dilaporkan oleh halaman itu, mempunyai sebuah pasangan didalamnya. Disebabkan oleh kemalangan ini, seorang bayi telah terperangkap di dalam kereta Perodua itu, kerana tidak dapat melarikan diri.
Pos itu dibaca,

On the way to Kedah today, i witnessed an accident, happened right in front of me.

A White Perodua crashed. The father, mother and their 2 kids manged to come out. One of the kid was like 1 year old, stucked inside the car. The father kept on asking for help to pull his baby out. The doors was stuck. Eventually, i managed to force open the door and pull the baby out. There was a lot of blood and the baby don’t seem to be moving. The mother started to cry while carrying the baby. I was heartbroken.

The driver of the Proton and his women passenger never bothered to come and check on the victim. Despite its was clearly his fault. I was really upset about this.

Plus-Polis Bantuan was nearby and they called for ambulance. It took the ambulance 30min to arrive while PDRM took around 55 min to reach.

Pos Facebook itu menerangkan bahawa kemalangan itu telah mencederakan sebuah keluarga. Mengapakah orang begitu kejam?

Menurut pos asal ini, penumpang dalam kereta Proton itu tidak berhenti untuk memeriksa mangsa yang dilanggar, lalu meninggalkan tempat kejadian, walaupun mereka mengetahui yang mereka adalah sebab kemalangan itu. Pos itu juga telah mengemaskini situasi keluarga itu, menyatakan yang bayi terperangkap itu sudah meninggal dunia, dan pemandu kereta Proton adalah seorang wanita, bukan lelaki. Dalam video itu, kita boleh melihat betapa teruk kemalangan itu, terutama untuk pemandu dan penumpang Perodua. Poster asal jelas kecewa mengenai kemalangan itu. Polis tolongan juga berdekatan pada waktu itu untuk membantu dalam proses menyelamatkan keluarga itu, dan telah membuat panggilan untuk ambulans.

Menurut poster asal, ambulans dan polis telah mengambil masa 30 minit dan 55 minit untuk sampai ke destinasi mereka, di lebuhraya.

Sumber: Facebook

Video ada tertera dibawah ini untuk sesiapa yang ingin tontoninya. Saya menggigil apabila melihatnya, kerana kemalangan ini telah membunuh seorang bayi:

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top