13 Tanda-Tanda Yang Anda Telah Bertemu Dengan Teman Anda Untuk Selamanya - The Coverage Edisi BM
Gaya Hidup

13 Tanda-Tanda Yang Anda Telah Bertemu Dengan Teman Anda Untuk Selamanya

1. Anda tidak takut menangis di hadapan mereka. Mereka telah nampak rupa anda yang terbaik dan paling teruk. Mereka telah melihat awak membungkuk sambil menangis, dengan maskara mengalir di wajah anda. Mereka masih menyayangi anda dalam semua kegelapan anda.

2. Anda tidak terganggu apabila anda berdua duduk dalam suasana yang diam. Awak berdua boleh duduk bersebelahan di atas sofa tanpa berkata apa-apa. Dan anda gembira mendengar muzik dengan mereka di dalam kereta, dan tidak berasa perlu untuk memulakan satu perbualan. Anda tidak perlu bercakap tanpa henti untuk menikmati masa anda dengan mereka.

3. Anda tidak pernah merasa tertekan untuk berpakaian cantik untuk mereka. Jika mereka datand melawat secara tidak disangka, anda tidak akan teragak-agak tentang paras rupa anda kerana masih memakai baju tidur dan tidak memakai alat solek. Anda membiarkan mereka melihat anda dengan muka au naturel anda, kerana mereka sentiasa merasakan anda cantik.

4. Anda tidak berasa malu tentang kejanggalan anda.

5. Mereka sering memahami apa yang anda cuba katakan. Tidak kira jika cerita anda panjang atau anda tidak dapat bercerita dengan betul, kerana mereka akan menyatukan apa yang anda cuba katakan. Mereka bercakap bahasa anda.

6. Anda tidak lagi perlu mengulangi teks. Jika dia berkata hello, dia bermakna hello. Jika dia kata dia letih, dia bermakna dia letih. Anda tidak cuba untuk ‘memahami lebih’ apa yang dia katakan, kerana anda percaya pada kata-katanya. Anda tahu dia tidak cuba bermain atau menghantar sebarang mesej rahsia.

7. Anda tidak takut untuk berhadapan dengannya. Anda tahu bahawa berselisih fahaman sekali bukannya bermaksud dunia akan berakhir. Ia tidak akan menamatkan hubungan anda langsung.

8. Anda mempercayai dia dengan sepenuh hati. Sekiranya dia menghadapi teman lamanya atau bertemu seorang gadis cantik di tempat kerja, anda mungkin akan mendapati anda berasa sedikit cemburu, tetapi anda tidak terfikir jika dia menipu atau ingin curang. Anda tahu dia tidak akan melakukannya. Anda tahu dia seseorang yang setia.

9. Anda tidak merasa takut seperti yang anda pernah rasakan. Anda telah terbiasa dengan kawan baiknya dan ibu bapa. Anda tidak rasa takut kerana mereka lagi. Anda sebenarnya berasa seperti sebahagian daripada keluarganya sekarang.

10. Anda tidak pernah berasa sendirian. Walaupun anda tidur bersendirian, anda tahu awak boleh menghantar dia mesej dan bukannya susah untuk meminta dia menemani anda.

11. Anda tidak merasa seperti anda sedang digunakan. Dia tidak mempunyai hubungan dengan anda hanya kerana dia mahu seks. Dia menyayangi anda lebih daripada itu. Dia sebenarnya suka awak untuk awak. Dia tidak mahu anda melupakannya.

12. Anda berasa selamat apabila dia berada dekat. Dia tidak akan membiarkan apa-apa yang buruk berlaku kepada anda. Apabila anda memegang tangannya, anda merasa seperti dunia adalah tempat yang lebih bahagia.

13. Anda tidak pernah mempersoalkan perasaannya kepada anda. Tidak seperti hubungan masa lalu, anda tidak merasa seperti anda yang memberi kepada seseorang yang hanya mengambil dan mengambil. Anda jujur dan ​​percayayang cintanya adalah setinggi cinta anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top