Guru Bahasa Melayu Yang Sudah Mengajar Lebih Dari 20 Tahun Menyanyi Lagu Andy Lau Untuk Menghibur Guru-Guru dan Pelajar - The Coverage Edisi BM
Gaya Hidup

Guru Bahasa Melayu Yang Sudah Mengajar Lebih Dari 20 Tahun Menyanyi Lagu Andy Lau Untuk Menghibur Guru-Guru dan Pelajar

Sebuah page di Facebook bernama Najib Must Go telah mengesyorkan satu video yang memaparkan seorang guru berbangsa Melayu menyanyi lagu Andy Lau, Shang Hai Tan untuk menghiburkan para pelajar dan guru-guru. Beliau juga telah mengajar Bahasa Melayu di sekolah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ling di Butterworth, dan akan pencen di tahun 2018.

Guru yang ditunjukkan didalam video itu adalah Guru Tuan Haji Halim. Dalam video itu, beliau adalah seseorang yang peramah dan mesra dengan satu sekolah, beliau hanya berjalan ke atas pentas, lalu mendapatkan sorakan daripada semua penontonnya. Dalam video itu juga, beliau telah mengatakan yang suara nyanyian beliau tidaklah semerdu mana, tetapi beliau masih ingin menghiburkan para-para pelajar dan guru di sekolah itu.

Pos Facebook itu juga mempunyai satu keterangan yang pendek,

Cikgu Halim adalah guru Bahasa Melayu di SMJK Chung Ling Butterworth, dan telah mengajar selama lebih dari 20 tahun. Dia akan bersara pada tahun 2018. Kami berharap yang terbaik untuknya!

Beliau menyanyikan lagu Andy Lau itu sepenuhnya (dalam bahasa Cina!), tetapi ditengah-tengah persembahan, beliau memasang sepasang kaca mata dan mengeluarkan satu kertas. Lalu, beliau mengakhiri lagu itu dengan liriknya sendiri.

“Jangan pergi mana-mana,
sebentar lagi lagu yang kedua.”

Liriknya telah mencuit hati para pelajar dan saya juga, walaupun saya tidak mengenali beliau!

Berikut adalah video yang memaparkan guru yang kelakar dan mesra itu!:

Kami berharap anda semua juga terhibur menonton cikgu ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top