Kepada Yang Berminat Untuk Memakai Pendakap Gigi Palsu - The Coverage Edisi BM
Fesyen

Kepada Yang Berminat Untuk Memakai Pendakap Gigi Palsu

Beberapa kali amaran telah diberi untuk jangan memakai pendakap gigi yang palsu, tetapi ada juga yang berminat untuk tampak muda, dan memakai pendakap gigi palsu. Sebagai seorang yang telah memakai pendakap gigi yang sebenar, saya tidak berminat dengan pemikiran ini. Kerana angan-angan untuk memakai apa yang orang lain perlukan untuk memulih atau mengaturkan balik sesuatu yang tidak kemas itu seperti tidak menghormati kecantikan yang telah diberi Tuhan secara semulajadi.

Tetapi itu pendapat saya sendiri.

Bagi beberapa orang, pendakap gigi palsu adalah harapan mereka untuk mengatur balik gigi mereka, kerana pendakap gigi yang sebenar mungkin terlalu mahal untuk mereka. Tetapi yang palsu tidak mungkin boleh menggantikan yang sebenar.

Berikut adalah pengalaman seseorang yang telah mengguna pendakap gigi palsu untuk mengatur giginya:

Moral kisah ini: sayangilah gigi anda. Jangan gunakan atau beli pendakap gigi yang palsu. Ianya tidak akan dapat menolong untuk mengatur atau mengemas gigi anda seperti pendakap gigi yang sebenar. Sila dapatkan pendapat doktor gigi yang mempunyai sijil, dan janganlah beli pendakap gigi yang palsu, walaupun teringin untuk melihat diri anda memakai pendakap gigi.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top