Fazura Tonton Beauty & The Beast Di Luar Negara - The Coverage Edisi BM
Artis

Fazura Tonton Beauty & The Beast Di Luar Negara

Kontroversi penayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia, pelakon Nur Fazura mengambil keputusan untuk menonton filem tersebut di luar negara.

Filem tersebut sepatutnya ditayangkan bermula hari ini (16 Mac) namun telah ditarik balik untuk dibuat ‘pemeriksaan dalaman’ oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) berikuan satu babak homoseksual dalam filem keluaran Disney itu.

Menurut Fazura sebagai seorang peminat cerita dongeng itu, dia akan tetap menonton filem itu walaupun ia tidak mungkin akan ditayangkan di Malaysia.

“Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang dipotong jika ditayangkan di Malaysia.

“Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu.

“Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing,” ujarnya memetik mStar.

Fazura sebelum ini meluahkan kekecewaannya berhubung penangguhan filem itu di laman mikro Twitter miliknya.

Perkembangan terbaharu, syarikat Walt Disney dilaporkan tidak membenarkan filem itu ditayangkan di Malaysia sekiranya suntingan dilakukan terhadap mana-mana babak dalam Beauty and the Beast.

Filem yang menelan belanja AS$20 juta (RM89 juta) itu dibintangi pelakon terkenal seperti Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan Ewan McGregor.

Filem itu akan memulakan tayangannya di Amerika Syarikat dan Kanada pada esok hari (17 Mac).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top