Janna Nick Beli Rumah Di Usia 21 Tahun - The Coverage Edisi BM
Artis

Janna Nick Beli Rumah Di Usia 21 Tahun

Selepas beberapa tahun bertungkus lumus dalam dunia seni hiburan, Janna Nick akhirnya merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah kediaman sendiri.

Lebih membanggakan, rumah itu dibeli pada usia mudanya yang kini mencecah 21 tahun.

Gembira impiannya tercapai, Janna turut berkongsi gambar rumahnya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberitahu, dia sanggup mengetepikan keinginannya untuk berbelanja semata-mata ingin membeli aset pertamanya itu.

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak mula berkecimpung dalam bidang seni.

“Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal. Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

“Sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset.

“Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan semua pihak, saya tidak mungkin mampu meraih sasaran ini,” katanya kepada BH Online.

Wow, Janna rupanya bukan sahaja pandai menjiwai pelbagai watak tetapi juga pandai menguruskan kewangan di usia muda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top