Sufian Hadiah Elfira 23 Ros - The Coverage Edisi BM
Artis

Sufian Hadiah Elfira 23 Ros

Sweet sungguh rupanya penyanyi Sufian Suhaimi.

Kalau anda nak tahu, semalam merupakan hari jadi pelakon terkenal Elfira Loy yang ke-23 tahun.

Sempena hari istimewa itu, Sufian dikatakan telah menghadiahkan sejambak bunga ros berjumlah 23 kuntum kepada Elfira.

Perkara itu dikongi Elfira yang memuat naik gambar Sufian membuat kejutan dengan menghantar bunga itu ke rumahnya pada tengah malam menerusi Insta Stories.

Difahamkan, Sufian merupakan individu pertama yang memberi ucapan hari jadi kepada Elfira berdasarkan no. ‘1’ yang ditulis pada gambar itu.

Sementara itu, Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada penyanyi lagu Terakhir itu atas hadiah jambangan bunga ros tersebut.

Sebelum itu, ada khabar angin mendakwa sudah ada bibit-bibit cinta yang baru mula berputik di antara Sufian dan Elfira. Bagaimanapun, Sufian menafikan hal tersebut termasuk menjelaskan hubungannya dengan Elfira hanya sekadar kawan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top