News

Breaking News : PPBM Willing To Give Prime Minister Position To UMNO For The Sake Of Malay Unity

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sanggup memberikan jawatan Perdana Menteri kepada UMNO demi kepentingan orang Melayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid menyifatkan bukan jawatan yang dikejar parti itu termasuk Perdana Menteri ketika ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita memang tak ada masalah, itu perkara kecil dan kita boleh bincang. Tan Sri Muhyiddin sendiri pun bukan jawatan yang beliau mahu. Sebab matlamat kita adalah perpaduan.

“Jawatan tak bawa ke mati pun, kalau gaduh sebab tak dapat jawatan, kalau merajuk sebab tak bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, niat itu sendiri pun dah tak betul.

“Persoalannya, siapa Perdana Menteri UMNO yang kita boleh angkat? Kita Bersatu tak ada masalah nak beri jawatan Perdana Menteri pada UMNO pun, kita boleh bincang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam masa yang sama, Rosol turut mengingatkan UMNO supaya tidak terlalu yakin PN akan tumbang jika UMNO menarik sokongan daripada kerajaan tersebut.

Katanya, PN masih ada harapan untuk membuat penjajaran politik baharu dengan parti-parti lain.

“Mana UMNO tahu kalau bulan Ogos ini mereka tarik sokongan kerajaan akan tumbang? Kita boleh bekerjasama dengan pihak lain, Warisan, Pas yang masih bersama dengan kita, termasuk serpihan UMNO yang ingin bersama kita,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 bulan lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PN sehingga Ogos ini.

Ia sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dan akan bertanding secara solo bersama rakan gabungan dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Source : Utusan

READ ALSO  Anwar Told Nazri : ‘I Only Need 2 More , If I Add You (Nazri), & You Find One More Guy That’s 112, So I’m The Prime Minister’”
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 20 =

Most Popular

To Top