News

DNB vs Huawei vs TELCO Malaysia

DNB vs Huawei vs TELCO Malaysia

Siapa masih ingat adik Veveonah yang terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan?

Beberapa hari lalu, mangsa banjir terpaksa bermalam di atas bumbung sementara menunggu bantuan berikutan sistem komunikasi yang terputus.

Ini hanya sebahagian kecil daripada kegagalan Telco. Bagi membangunkan perkhidmatan 5G, kita perlu beralih kepada alternatif yang lebih baik.

Huawei merupakan salah satu syarikat yang berminat membekalkan infrastruktur 5G di Malaysia.

Adakah Huawei pilihan yang tepat?

Huawei mengamalkan sistem monopoli dengan hanya melantik syarikat-syarikat dari China untuk menjalankan kerja pembekalan, konsultansi, pemasangan dan lain-lain.

Ditambah dengan isu kecurian maklumat peribadi & penggubahan wang haram, Huawei bukanlah pasangan yang ideal untuk kita jalinkan hubungan.

Justeru, keputusan Singapura yang menolak Huawei dan memberikan spektrum 5G mereka kepada TPG bukan satu berita yang mengejutkan. Ini kerana, jika Malaysia memberi kontrak 5G ini kepada Huawei ia akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan syarikat dari negara maju yang lain. Tambahan pula, pelabur negara Barat agak keberatan berkongsi teknologi mereka dengan Huawei atas alasan rekod buruk Huawei sebagai alat perisik kepada Kerajaan China.

Bagaimana pula dengan DNB?

Digital Nasional Berhad merupakan sebuah syarikat tempatan yang mendapat sokongan dana dan teknologi daripada gergasi telekomunikasi Ericsson.

Ericsson berpengalaman menjadi pelopor teknologi 5G di serata dunia termasuklah Amerika Syarikat & Kesatuan Eropah. Kesediaan Ericsson berkerjasama dengan bakat tempatan melalui DNB juga mampu membuka peluang pekerjaan yang luas di Malaysia.

Pertukaran bakat dan teknologi dengan konglomerat seperti Ericsson hanya akan mengembangkan potensi industri telekomunikasi tempatan.

Kita sudah beri peluang kepada Telco selama berpuluh tahun namun kepercayaan kita tidak berbalas. Tentangan daripada pihak Telco terhadap Ericsson secara tersiratnya seperti ingin mengekalkan status quo perkhidmatan internet yang lemah walau dengan kos yang tinggi kerana mereka lebih mementingkan keuntungan berbanding kita sebagai pengguna.

Singapura, Australia, UK & Kanada tidak mempercayai Huawei, jadi mengapa perlu kita memilih mereka?
Satu-satunya pilihan yang munasabah adalah DNB. DNB diwujudkan bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah detsinasi pelaburan yang lebih menarik dalam kalangan pelabur dari negara maju yang lain. Manfaat ini akan dikongsi bukan sahaja oleh syarikat-syarikat tempatan, malah kita sebagai pengguna akan merasa nikmatnya.

Sekiranya projek ini ditender semula, Malaysia akan dipandang enteng oleh pelabur asing di mana tekanan oleh pelobi telco lebih penting berbanding kepentingan rakyat.

HENTIKAN PENYUSUPAN ANCAMAN KESELAMATAN TEKNOLOGI HUAWEI

1
Penerimaan teknologi baru adalah kemudahan buat masyarakat. Bagaimanapun kendalian dan tatakelola kewangan yang besar adalah sensasi bom jangka dan implikasi ekonomi perlu diberi perhatian. Penting bagi masyarakat untuk tahu ke mana perginya dana kerajaan dan bagaimana keuntungan itu dikitar dan berakhir.

2
HUAWEI adalah pakar, syarikat gergasi dalam kendalian teknologi 5G merentas negara. Trend penolakan kerjasama dengan syarikat ini meningkat dari pelbagai negara dan syarikat teknologi lain berkenaan isu keselamatan siber dan penipuan kewangan.

3
Tidak sensitif sekiranya kita membenarkan HUAWEI atau anak syarikat dengan dasar monopoli syarikat China untuk membangunkan teknologi 5G di Malaysia tatkala ratusan skandal perisikan, kewangan dan penindasan hak asasi manusia bertingkat dengan melebarnya sayap empayar kapitalis ini.

5
HUAWEI terlibat dengan 13 pertuduhan terhadap Ketua Pegawai Kewangan dan dua firma gabungan dengan senarai jenayah termasuk konspirasi, penggubahan wang haram dan penipuan bank.

6
Australia telah membuat sekatan HUAWEI untuk pembangunan teknologi 5G di negaranya dan diikuti negara lain termasuk Brazil, India, dan Finland. Perancis juga menyenaraikan sebarang teknologi HUAWEI sebagai “high-alert,” dalam rangkain komunikasi.

7
Bermula 2019, Facebook tidak lagi membenarkan pre-install aplikasinya pada semua telefon HUAWEI. Pada tahun yang sama, Microsoft Store menghentikan semua penjualan komputer riba HUAWEI. Softbank dan Vodafone turut berkongsi sensitiviti yang sama dengan mengehadkan kerjasama dan perkongsian teknologi

8
Kerisauan lebih besar ialah monopoli syarkiat luar ini tidak memberi ruang kepada kontraktor tempatan sekaligus menutup peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan dalam keadaan genting dan keperluan aliran tunai dalaman Malaysia meningkat.

9
Terakhir, HUAWEI dengan teknologi perisikan dan pengintipan mengaut untung besar untuk kerjasama dengan regim Tekno-Totalitarian yang menindas hak asasi manusia, termasuk pengurungan besar-besaran masyarakat Islam Uyghurs di China. Teknologi ini malah giat dilobi dan dieksport ke Filipina, Serbia, Ecuador, Pakistan, dan Zimbabwe yang bernafas dengan krisis kemanusiaan dan penindasan minoriti.

10
Memberi ruang kepada penambahan aset HUAWEI atau mana-mana subsidiari mereka adalah liabiliti kepada negara berdaulat Malaysia malahan memberi ruang untuk lebih penindasan berlaku di sebalik keghairahan mereka melobi keuntungan.

11
Adakah anda tahu HUAWEI sedang menyusup masuk ke dalam negara kita? Ini malapetaka besar untuk negara kita. HUAWEI sedang menyogok pembangkang untuk menyusup masuk ke dalam projek DNB yang dilantik kerajaan. Syarikat ini merapati Pak-pak Menteri agar merombak semual projek yang telah dianugerahkan pada DNB. Lebih radikal, HUAWEI sedang melobi projek menerusi Annuar Musa

12
Apakah kita akan menggadai projek DNB yang secalit pun tak menggunakan wang rakyat? Ia adalah satu pelaburan antarabangsa, yang kita tahu, di balik tabir HUAWEI, adalah negara China

China menceroboh ruang udara Sarawak,
China menceroboh ruang maritim di Selatan.
China kali ini, adakah akan menggadaikan keselamatan negara?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top