News

Hishammuddin Hussein Penyelamat & Bukannya Pengkhianat UMNO – IQ Rendah & Kebodohan Lokman Adam Tahap Lobakman

Menurut Khairy Jamaluddin , Lokaman Adam adalah ‘lobakman’. Lokman Adam sememangnya terkenal dalam tanah air politik sebagai seseorang yang memiliki IQ yang rendah pada tahap lobak. Dalam sejarah UMNO hanya dua orang yang terkenal dengan IQ mereka yang rendah. ( Lokman Adam & Jamal Yunus )

Seorang bekas pengkhianat parti yang pernah meninggalkan UMNO untuk menyertai perjuangan Reformasi PKR pada tahun 1998 dan dipecat oleh PKR pada tahun 2004. Apakah seseorang pernah mengkhianati perjuangan UMNO pada suatu ketika dahulu layak berbicara soal kesetiaan kepada parti ?

Maka tidak hairanlah sekirannya Khairy pernah berkata sekirannya beliau adalah Presiden UMNO hanya Lokman Adam seorang sahaja yang beliau akan pecat

Kita perlu tahu bahawa bukan Lokman Adam yang meninggalkan perjuangan PKR tetapi sebaliknya dipecat. Demi memastikan kelangsungan kerjaya politiknya baharu kembali kepada UMNO.

UMNO Johor juga memberi gelaran dan label BODOH kepada Lokman Adam. Dalam kenyataan tersebut juga menyebut kebodohan Lokman Adam memalukan parti UMNO.

Yang samakan ZAHID dengan Nabi Pun Dia – Yang Tegur Dan Serang Zahid Pun Dia – Pengarah Komunikasi Strategik Pertama Dimana BN Kalah PRU

Dilantik Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan pada tahun 2016 dan akhirnnya BN kalah pada PRU 14 disebabkan kegagalan Lokman Adam memimpin unit komunikasi Kementerian Kewangan dalam isu penerangan berkaitan tentang GST . 1MDB , Hutang Negara dan pelbagai lagi yang dimanipulasi oleh Pakatan Harapan.

Pasca PRU 14 sudah berlakunya 5 PRK tetapi Lokman Adam merupakan satu – satu calon BN yang tewas di Sungai Kandis. Antara semua PRK , kawasan Sungai Kandis memiliki komposisi pengundi Melayu terbanyak iaitu sebanyak 71.34%. Masyarakat Melayu sendiri juga menolak kepimpinan Lokman Adam.

VIDEO LOKMAN MENGAKU NASIHAT TOK MAT JANGAN BERTANDING PRK

https://www.youtube.com/watch?v=BSMpZrv9v7Q

Kesemua cadangan Lokman Adam biasanya berfikiran sempit dan kurang bijak. Beliau merupakan antara orang yang memberi nasihat supaya Tok Mat tidak bertanding di PRK Rantau.

Nasib baik Tok Mat yang bijak tidak mendengar nasihat dari seorang yang tahap IQ rendah. Akhirnya berjaya walaupun di bertanding kawasan hanya memiliki 53.43% Melayu. Tok Mat diterima oleh semua rakyat Malaysia iaitu dalam kalangan Melayu dan juga bukan Melayu.

VIDEO – TOK MAT KATA ADA NASIHAT KATA KALAU BERTANDING MAKA AKAN MATI TETAPI AKHIRNYA MENANG

Pendirian Lokman Adam Sentiasa Berubah

Jika UMNO percaya dan yaking kepada ‘Rule of Law’ iaitu seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikkan bersalah seperti mana UMNO berdiri teguh bersama Najib dan Zahid. Maka mengapa dalam isu Hishammuddin Hussein pula pendirian bertukar kepada terbukti BERSALAH walaupun tiada bukti kesalahan ? Tiada Logiknya.

Kita tahu Lokman Adam berbudi kepada PKR dan mahu menyokong perjuangan Anwar tetapi jangan sampai buat fitnah pecahkan parti UMNO. Pemimpin PKR sendiri pernah menyatakan Lokman terhutang budi kepada PKR.

READ ALSO  Vincent Tan's Daughter Chryseis Tan & Faliq Nasimuddin Of Naza 'Partying' In Jho Low Equanimity Superyacht

Xavier: Lokman Adam Forgot Who Helped Him When He Was In Trouble

Jangan jadi BARUAH pihak lawan dan PKR untuk pecahkan UMNO.
Hishamuddin tidak pernah meninggalkan UMNO seperti mana anda perlu keluar suatu ketika dahulu.

Pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan negara iaitu Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar adalah datuk kepada Hishammuddin. Bapanya pula merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga iaitu Tun Hussein bin Dato’ Onn. Beliau juga merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.

Oleh itu , apakah alasan dan kebaikan Hishammuddin untuk mengkhianti UMNO seperti mana dituduh oleh anda? Tiada logiknya.

Anda yang gila kuasa dan dahagakan populariti diri sehingga bertanding dalam pemilihan UMNO. Berbanding dengan Hishammuddin yang pada ketika itu semua pihak mahu beliau bertanding Presiden UMNO.

Jika Hishammuddin mahu khinat lebih baik dia khianat dengan menjadi Presiden UMNO dimana beliau memiliki kuasa dan pengaruh berbanding dengan kini hanya sekadar ahli biasa. Tiada logiknya.

Apakah anda seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO juga rasa terancam dengan hanya seorang ahli biasa?

Dr Xavier Jayakumar turned the clock back to the reformasi era to remind Lokman Noor Adam of his roots in PKR.

Apakah silapnya berjumpa dengan Azmin Ali ? Tiada silapnya untuk mana – mana pemimpin parti UMNO berhubungan dengan mana – mana pemimpin parti politik lain . Perlembagaan dan Perundangan Parti Mana Yang Kata Bersalah ? Najib sendiri juga pernah berhubungan dengan Anwar.

https://www.youtube.com/watch?v=vrgdT1VI2LI

Lokman Adam sepatutnya belajar dari idolanya Anwar. Dalam isu kebijaksanaan politik akal lobak Lokman Adam masih lagi jauh ketinggalan. Anwar sendiri tiada membuat cadangan tindakan disiplin terhadap Azmin Ali. Hanya sekadar memberi cadangan supaya Azmin datang mesyuarat untuk memberi perjelasan.

Berbeza pula dengan Lokman , Hishammudin tidak diberi peluang atau ruang jemputan memberi sebarang penjelasan maka terus sah dakwa
Hishammudin bersalah dan tindakan disiplin perlu diambil.

Menjawab Tuduhan Lokman Adam Terhadap Hishammudin

Bagaimana Hishammudin boleh mengetuai 22 MP BN sedangkan pertemuan ini berlaku di rumah Azmin Ali ? Dalam isu ini ketua itu adalah Tuan Rumah. Yang 22 bersama Hishammudin dijemput. Bagaimana pula tetamu pula yang boleh menjadi Ketua ?

Lebih – lebih kata Lokman sendiri ada dalam kalangan 22 MP BN bukannya semua sokong Tun Mahathir. Ada yang sokong Anwar dan ada yang sokong Tun M. Maka kenyataan Lokaman sendiri sudah sah sendiri menandakan dakwaan Hisham khianat bersama Tun M adalah tidak masuk akal.

Lokman sekali lagi bercanggah kata Hisham khianat rakyat yang mahu parlimen dibubarkan. Tindakan perjumpaan sebeginilah yang sebenarnya akan menyumbang kepada pembuburan parlimen.

Jika tiada team AZMIN lawan Anwar maka Tun M akan terus serah pucuk pimpinan negara kepada Anwar. Maka dalam situasi begitu adakah akan berlakunya pembuburan parlimen ?

READ ALSO  Musa Aman : Why Charged Me Now ? Nazri Already Cleared All The Allegations When He Was De Facto Law Minister

Bukankah dalam isu ini Hisham adalah suara aspirasi rakyat ?

Apakah pada hari ini kalau sesiapa yang sokong Tun M sahaja dikatakan khianat rakyat dan sesiapa sahaja yang sokong Anwar dikatakan sebagai pembela Rakyat ? Mana Logiknya?

Apakah pada hari ini menerima jemputan berjumpa Azmin Ali maka terus dikatakan perjumpaan tersebut adalah perjumpaan khianat rakyat ? Mana Logiknya ?

Persoalan sebenarnya sepatutnya ditujukan kepada Tuan Rumah (Azmin ) dan bukannya tetamu ( Hisham ). Tanyalah Azmin yang menjemput dan bukannya Hisham dan ahli – ahli lain yang dijemput. Lokman sepatutnya tanya SIFU POLITIK YANG MELATIH DIA DAHULU IAITU AZMIN ALI SENDIRI

https://www.youtube.com/watch?v=e8wc2KSZfqU

Jika hendak membuat tuduhan maka pun kenalah pada tempatnya. Apakah manfaat Hisham membawa masuk pimpinan dan MP Umno ke PPBM ?

Jika Hisham mahu kuasa dan pengaruh dan kalau benar MP UMNO tersebut adalah orang Hisham maka bukankah dari segi politik lebih baik Hisham simpan dalam UMNO daripada beri kepada PPBM?

Jika Hisham mahu kuasa dan ‘ selfish’ maka bukankah lebih mudah pada awalnya beliau terus bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan sebelum ini ?

Alasan Hisham mahu menyelamatkan diri tidak munasabah kerana isu tanah MINDEF yang cuba dicetuskan oleh kerajaan hari ini adalah pada ketika waktua sebelum beliau menjadi Menteri Pertahanan. Oleh itu , dalam isu ini siapa yang sebenarnya Hisham hendak selamatkan ?

Hisham adalah sepupu kepada Najib dan beliau sendiri jauh lebih rapat dengan Najib berbanding Lokman yang kononnya pejuang najib yang unggul. Realitinya Lokman Adam hanya sekadar ahli politik yang bermodalkan politik Najib demi populariti dan kepentingan politik sendiri.

Hal ini juga terbukti semasa Najib menjadi PM , beliau melantik Hisham sebagai ‘Special Function Minister’ iaitu sebagai petanda orang paling berkuasa selepas Najib sendiri.

Jika kebodohan dan tahap IQ rendah Lokman tidak faham permainan dan percaturan serta strategi politik orang atasan maka lebih baik jangan terus keruhkan keadaan dalaman UMNO.

Dari Sudut Pandang Dimensi Lain – Hisham ADALAH Penyelamat UMNO

Cuba Guna Logik Akal Untuk Berfikir

Adakah Hisham Korbankan Diri Demi Demi Disalah Anggap Sebagai Pengkhianat Demi Menjadi Penyelamat ?

A. Sengaja masuk perangkap lawan untuk pecahkan mereka dalam isu soal peralihan kuasa ? – Memecahkan Belahkan Pakatan Harapan – Setakat Ini Berjaya

B. Berlakon Demi Memastikan UMNO Tidak Dibubarkan Dan Aset UMNO Tidak Diharamakan ? – Korbankan Diri dan Biar Sendiri Kena Misunderstanding Demi UMNO – Setakat Ini Berjaya

( Jika tiada peranan Hisham dalam isu ini maka adakah pada hari ini parti UMNO akan kekal wujud apabila suatu ketika dahulu memuncak parti ini akan diharamkan ? )

READ ALSO  Wan Azizah Told Mahathir She Wants To Resign As DPM To Make Way For Anwar : Mahathir Said No - The Only Way Would Be Through A Vote of No Confidence

C. Percaturan Najib & Orang Atasan UMNO – Biar Ada 2 Team UMNO – Akhirnya Siapa Yang Menang Antara Mahathir dan Anwar maka UMNO Tetap Pemenangnya ? – Najib & Zahid Pula Akan Mendapat Pengadilan Yang Akhirnya Adil

D. Jika Hisham benar pengkhianat dan adalah orang Mahathir atau Azmin – Maka Mengapa MACC Tetap Siasat ISU MINDEF yang kini hangat diperkatakan?

E. Hisham korbankan diri demi memastikan lebih ramai lagi pemimpin UMNO tidak terus menjadi mangsa politik kerajaan untuk didakwa dan diheret ke mahkamah

( jika tidak , dapat bayangkan berapa lagi pemimpin UMNO yang akan menjadi mangsa ?

F. Membuat percaturan supaya parlimen dibubarkan dan UMNO kembali berkuasa dengan mandat kerajaan – Sudah Hampir

G. Jika semua tuduhan terhadap Hisham adalah benar maka fikir sahaja apakah sebenarnya manfaat dan kebaikan yang akan Hisham peroleh ? – Jika tiada maka apakah tuduhan – tuduhan tersebut masih lagi berasas?

H. Antara Hisham dan Lokman – Siapa Yang Sebenarnya Anda Lebih Percayai ? – Percaturan Hisham yang datangnya dari tradisi keluarga ahli politik handalan atau kebodohan Lokman yang dahulunya pernah mengkhianti UMNO ?

I. Gagalkan usaha Tun M serah Kepada Anwar dan Kalau Serah Sekalipun Anwar akan jadi PM Paling Singkat dan Akhirnya untungkan UMNO – Otak Lokman Mana Ada Tahap Pemikiran Politik Setinggi Hisham Dalam Isu ini ?

J. Dalam UMNO bukan sahaja Najib , Zahid dan Tengku Adnan ADA Kes – Hisham Yang Dikatakan Pengkhianat Turut Menjadi Sasaran Kerajaan ( Mana Logiknya Kalau Ikut Tuduhan Lokman ? )

LOKMAH ADAM JANGAN INGAT UMNO MILIK DIA

  • Suka – Suka Maka Buat Video Tegur Zahid
  • Suka – Suka Beri Arahan Kepada Lembaga Disiplin Parti
  • Suka – Suka Buat Tuduhan Terhadap Hisham
  • Suka – Suka Serang Khairy
  • Suka – Suka Berlagak Bodoh Sombong Selalu Beri Arahan dan Teguran
  • Suka – Suka Serang Tok Mat
  • Suka – Suka Serang ASYRAF WAJDI

Persoalan YANG PALING PENTING – SIAPA LOKMAN ADAM ? WHO DOES HE THINK HE IS?

  • Cakap English Tahap Elephant Mat Sabu
  • Kebodohan Otak Tahap IQ LOBAK
  • Bertanding Kawasan Majoriti Melayu Ditolak Melayu
  • Semua Fitnah Sebelum Ini Terbukti Tidak Benar
  • Semua Cadangan Sebelum Ini Terbukti Tidak Tepat
  • Pengarah Komunikasi Yang Gagal
  • Masuk PKR Dipecat PKR
  • Masuk UMNO Khianat UMNO dan Masuk Kembali
  • Lepas Jadi Ahli Majilis Tertinggi Tegur Presiden , Timbalan Presiden , Ketua Pemuda dan Pemimpin Veteran

LOKMAN ADAM HARUS HENTIKAN GUNAKAN NAMA UMNO DAN NAJIB SEBAGAI ALAT POPULARKAN DIRI DAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK SENDIRI

https://www.youtube.com/watch?v=3-EWoLo98No&t=13s

Sajak & Pantun Terbuka Buat Kekalahan Pakatan Harapan Di Tanjung Piai

Mengapa Rakyat Wajib Tolak DAP & PKR ?

https://www.youtube.com/watch?v=QN9Q9PoylKs&t=197s

Why PR Corruption is worst than BN?

https://www.youtube.com/watch?v=C_-msrkkqzU

Why PR/DAP Economy Management Will Be Worst than BN ?

https://www.youtube.com/watch?v=unWmTue9siE

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =

Most Popular

To Top