News

Ismail Sabri Langgar Bendul Atau Sudah Melepasi Bendul Tanpa Melanggarinya ? Kaduk Atau Junjung ?

Naratif yang cuba dibina oleh kumpulan anti Ismail Sabri adalah seolah – olah beliau tidak tahu tempatnya. Untuk pengetahun umum , Ismail Sabri bukannya orang baharu dalam UMNO. Sudah lebih daripada 34 tahun beliau berada dalam politik dan naik secara berperingkat – ringkat daripada peringkat paling bawahan sehingga ke kedudukan yang dimilikinya pada hari ini.

Jika Hendak Dibandingkan Dengan 2 Orang Lagi Di Atas – Seorang Hanya Memulakan Karier Politik Pada Tahun 1998 Dan Seorang Lagi Pada Tahun 2004

Ismail Sabri Jauh Lebih Seniour Dalam UMNO 11 dan 17 Tahun Lebih Lama Berbanding A & B Walaupun 7 Tahun Jauh Lebih Muda Usianya Berbanding A dan 4 Tahun Berbanding B

Bukan Sahaja Lebih Muda Tetapi Jauh Lebih Lama

Pada tahun 1987, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh. Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. Kemudian, pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh. Pada tahun 1993, beliau dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (2001) dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Temerloh pada tahun 2004.

Dalam pilihan raya umum 2008, Ismail Sabri Bin Yaakob bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Bera, negeri Pahang. Ismail Sabri Bin Yaakob telah menang dengan mendapat undi sebanyak 18051. Calon lawan ialah Mazlan Aliman dari PAS mendapat 14,230 undi – Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 783.

Ismail Sabri berada dalam Kabinet sejak tahun 2008 sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun 2019, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2013 dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2015.

Pada 20 Disember 2018, beliau dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru selepas penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Presiden de facto UMNO mulai 18 Disember 2018. Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 pada 7 Julai 2021. Beliau juga mengekalkan portfolio Menteri Pertahanan sejak dilantik pada 9 Mac 2020.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bermula pada 10 Mac 2020. Pada 7 Julai 2021, Muhyiddin Yassin telah melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Beliau juga seorang bekas Menteri Kabinet dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO.

Beliau merupakan Ketua Pembangkang ke-15 dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari Mac 2019 hingga kejatuhannya pada Februari 2020 di tengah-tengah krisis politik Malaysia 2020. Dalam kerajaan PN, beliau dilantik sebagai Menteri Kanan yang menjaga Keselamatan dari Mac 2020 hingga kenaikan pangkatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2021, di mana beliau menonjol dalam respons negara terhadap pandemik COVID-19.

Selepas ini memuncak dengan kejatuhan kerajaan dan peletakan jawatan Muhyiddin, beliau berjaya memasuki rundingan untuk menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2021 selepas mendapat sokongan kebanyakan ahli Parlimen.

Kaduk Atau Junjung ?

Menteri Belia dan Sukan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Ketua Pembangkang

Menteri Pertahanan

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13

Perdana Menteri

Ismail Sabri Menang Dengan 96% Sokongan Akar UMBI UMNO Untuk Pemilihan Parti UMNO 2018 ( 183 Bahagian Daripada 191 Bahagian UMNO Seluruh Negara )

Link Keputusan Pemilihan UMNO 2018 – SINI

Satu – Satunya Perdana Menteri UMNO Dalam Sejarah Yang Pernah Memainkan Peranan Sebagai Ketua Pembangkang Dan Timbalan Perdana Menteri ( Ahli Politik Yang Paling Lengkap & Menyeluruh )

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang mengumumkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang iberkata, Ismail Sabri dilantik kerana berkas menteri itu paling kanan berbanding anggota parlimen lain.

Langgar Bendul Atau Sudah Melepasi Bendul Tanpa Melanggarinya ?

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan : Ismail Sabri Perdana Menteri Yang Paling Layak Dalam Kalangan Pemimpin UMNO

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob satu-satunya pemimpin UMNO yang memenuhi kriteria dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke-9 walaupun berada di pilihan ketiga dalam kalangan pemimpin parti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula tidak memenuhi kriteria sebagai calon kerana beliau bukan ahli Parlimen tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Jadi, kita pergi kepada yang ketiga iaitu Ismail Sabri yang berpengalaman sebagai menteri menguruskan pandemik Covid-19, pernah menjadi ketua pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri. Jadi, beliau yang paling layak dalam senarai pemimpin yang ada,” – Ismail Sabri

Tuduhan Ismail Sabri Mahu Awalkan Pemilihan UMNO Sebelum Pilhan Raya 15

Fitnah dan naratif politik ini adalah satu pembohongan yang langsung tidak masuk akal. Kalian berfikirlah sendiri.

Secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, dijadualkan diadakan pada atau sebelum 16 September 2023 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15.

Ketika Parlimen ke-14 pertama kali bersidang pada 16 Julai 2018, Secara automatik akan dibubarkan pada 16 Julai 2023 jika tidak dibubarkan lebih awal.

Keputusan MKT UMNO pada 7 Julai 2020 menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan

Perkara itu dinyatakan Jasri yang memaklumkan ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun 2020.

Penangguhan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.

Pemilihan UMNO Mesti Sebelum 29 Disember 2022

INGAT : PEMILIHAN UMNO SUDAH PUN DITANGGUHKAN ! Penangguhan 18 Bulan Semenangnya Adalah Sebelum Tarikh Akhir PRU 15 Yang Akan Tamat Pada 16 September 2023 ( Tiada Sesiapa Yang Awalkan )

Selepas tangguh pun semenangnya adalah sebelum tarik akhir pilihan raya. Dalam keadaan ini bukan Ismail Sabri yang awalkan pemilihan UMNO sebelum PRU demi kuasa , bendul , kaduk dan pelbagai lagi tohmahan.

Adakah pemilihan UMNO boleh ditangguhkan Buat Kali Kedua Adalah Isu Berkaitan Dengan Perlembagaan Parti dan Perundangan ROS – Tiada Unsur Ismail Sabri Dan Sayap – Sayap UMNO Juga Tidak Ada Kuasa Untuk Membuat Usul Yang Akan Risikokan Parti UMNO Diharamkan

Bertanding Presiden UMNO

Dalam mana – mana proses demokrasi maka sesiapa sahaja boleh bertanding untuk jawatan Presiden. Apakah hanya kerana jika Ismail Sabri mahu bertanding jawatan Presiden maka beliau akan dituduh sebagai langgar bendul dan kaduk naik junjung ?

Bendul Dan Junjung UMNO Sendiri Mahukan Demokrasi Dalam UMNO ( Zahid Hamidi )

Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden terbuka untuk ditandingi pada pemilihan parti itu tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau mahu menterjemahkan bahawa beliau dan parti terus mengamalkan demokrasi dalam memilih barisan kepemimpinan.

Katanya, UMNO pernah menyaksikan dua jawatan tertinggi parti sebelum ini tidak ditandingi di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Ketika saya mengambil alih dengan menjalankan tugas presiden, perkara itu dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) dan saya putuskan bahawa jawatan presiden, timbalan dan naib presiden serta semua jawatan terbuka untuk ditandingi.

“Saya mesti terus terjemahkan bahawa saya adalah seorang yang demokrasi dan disebabkan itu, pada pemilihan 2018, jawatan presiden ditandingi tiga orang.

“Kali ini, kalau tujuh orang nak bertanding pun (jawatan presiden), lebih ramai lebih baik,” katanya dalam program temubual “Terus Terang” yang disiarkan secara langsung melalui Facebook NRchanneltv.net. – Zahid Hamidi

Melepasi Bendul Tanpa Melanggarnya – Secara Tiba – Tiba Situasi Politik Negara Menyebabkan Ismail Sabri Kini Adalah PM UMNO

Masalahnya kini adalah Ismail Sabri secara berperingkat – ringkat sudahpun MELEPASI BENDUL. Beliau sudah pun adalah seorang Perdana Menteri UMNO. Beliau tidak melobi dan merampas jawatan ini. UMNO sebulat suara menyokong beliau pada ketika itu. Situasi dan keadaan yang memaksa Ismail Sabri untuk menjadi Presiden UMNO.

Bagaimana kita hendak seorang Perdana Menteri UMNO untuk kekal bertanding sebagai Naib Presiden UMNO atau Timbalan Presiden UMNO? Mahu atau tidak mahu Ismail Sabri memang terpaksa bertanding untuk jawatan Presiden UMNO.

UMNO Selangor , Pulau Pinang , Johor , Kedah , Negeri Sembilan Dan 183 Bahagian Seluruh Negara Meluluskan Usul Sokong Ismail Sabri Sehingga 2023 Dan Calon Perdana Menteri BN & UMNO PRU-15

Soal Kelayakan ( paling kanan ) , soal usia ( lebih muda ) , soal pengalaman ( lebih lama ) , soal sokongan dalaman ( menang dalam pemilihan dengan 96% sokongan ) , soal sokongan luaran ( disokong oleh pelbagai komponen parti , pihak dan termasuk YDPA ) soal kredibilti ( bersih ) , soal demokrasi ( dipilih dan dilantik oleh dalam dan luar parti ) , soal kaduk dan junjung ( 34 tahun dalam UMNO , 5 Kementerian , Ketua Pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ) , sokongan rakyat ( Menang PRN Melaka Dan Sarawak Sebagai PM 9 Malaysia )

2 Comments

2 Comments

  1. Best Dating App

    December 19, 2021 at 2:01 am

    ❤️ Christine want to meet you! Click Here: https://bit.ly/2022dating ❤️

  2. Best Dating App 2022

    December 19, 2021 at 3:08 pm

    ❤️ Adriana want to meet you! Click Here: http://bit.do/fSVbX ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top