News

Buka Ekonomi : Ismail Sabri Mengambil Hati Peniaga-Peniaga Kecil

1 April 2022 sudah boleh kita anggap sebagai satu titik bersejarah buat Malaysia. Perdana Menteri Ke-9, Dato Seri Ismail Sabri telah membuka ekonomi secara besar besaran, membuka sempadan, merapatkan saf solat dan sebagainya.

Mungkin perkara kecil di mata segelintir rakyat Malaysia. Tapi benda ini sangat besar bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Air mata di Tambak Johor sewaktu malam 1 April menjadi saksi betapa rakyat Malaysia mensyukuri keputusan YAB Perdana Menteri ini.

Malah, peniaga peniaga kecil lagi bersyukur apabila dibenarkan berniaga di bazar setelah bertahun tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadhan. Malah ada yang kena buka dan tutup secara tiba tiba sehingga hilangnya satu elemen kemeriahan sambutan bulan Ramadhan di Malaysia. Contohnya seperti isu peniaga bazar Jalan Tunku Abdul Rahman yang terpaksa tutup disebabkan peningkatan kes Covid19 walaupun sudah mengeluarkan modal puluhan ribu ringgit.

Oleh itu, dengan pembukaan bazar Ramadhan, Dato Seri Ismail Sabri sebenarnya sedang seiring merealisasikan manifestasi aspirasi Keluarga Malaysia. Kini, semua bangsa, Melayu, Cina dan India akan sama sama meraikan kemeriahan bulan puasa. Jalan Tunku Abdul Rahman yang dulunya mungkin sunyi dan sepi, kini akan kembali bising dengan teriakan peniaga, gelak ketawa rakyat Malaysia, tangisan anak kecil dan bunyi hon kendeeaan. 

Untuk saudara Malaysiaku, bersyukurlah dengan kelonggaran yang telah diberikan Perdana Menteri ini, dan raikan Ramadhan  dengan penuh kesyukuran.

Mohd Ariff Ahmad Tarmizi 

Pensyarah Utama Universiti Tenaga Nasional

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top