News

Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah : Ismail Sabri Tidak Akan Sesekali Membelakangkan Parti UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri adalah pemimpin UMNO tulen yang tidak akan sesekali membelakangkan parti.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lazim berkata, Ismail Sabri telah berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak akan membelakangkan parti walaupun di dalam keadaan yang terpaksa demi menjaga kestabilan politik negara dan juga menangani isu ekonomi yang dihadapi rakyat.

“Setakat ini belum ada sesiapa yang tampil untuk mengesahkan kesahihan perjanjian itu.

“Kalau pun memang ada, ia sebenarnya menguntungkan UMNO kerana Perdana Menteri yang dilantik adalah pemimpin UMNO dan bukan daripad parti lain,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ismail juga menambah, sekiranya wujud perjanjian itu Perdana Menteri sejak hari pertama memegang jawatan telah merujuk kerajaan pimpinannya sebagai Keluarga Malaysia.

“Ismail Sabri telah mengambil alih jawatan PM dalam keadaan negara dan rakyat yang terhimpit juga terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 dan ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Sewajarnya PM diberikan peluang yang seluasnya untuk melakukan pemulihan dan menstabilkan keadaan termasuk politik negara.

“Janganlah ada sesiapa yanh terus menerus mengganggu usaha ini termasuklah yang melagakan PM dengan pemimpin UMNO yang lain,” katanya.

Menurut Ismail lagi, tidak ada faedahnya menjadi batu api merosakkan perpaduan dan keharmonian parti.

“Ini tidak ada faedahnya, tumpuan harus diberikan kepada penyatuan kerana kita akan menghadapi PRU-15,” ujarnya.

3 Comments

3 Comments

  1. DewsPiefe

    July 29, 2022 at 4:25 pm

    Levitra Bayer France cheapest cialis online

  2. graliontorile

    August 11, 2022 at 7:58 pm

    Pretty component to content. I just stumbled upon your web site and in accession capital to say that I acquire actually enjoyed account your weblog posts. Any way I will be subscribing for your augment and even I fulfillment you get right of entry to constantly rapidly.

  3. http://bentyl4pro.top/

    August 13, 2022 at 5:40 am

    I like the helpful info you provide in your articles.
    I will bookmark your weblog and check again here frequently.

    I’m quite sure I’ll learn many new stuff right here! Best of luck
    for the next!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Most Popular

To Top