News

Isu Pengarah Pilihan Raya UMNO : Kronologi Tok Mat Selaku Timbalan Presiden UMNO Dibuli Oleh Kluster Mahkamah

Kepimpinan Tok Mat jelas terbukti apabila setelah tewasnya UMNO pada PR 14 dan pada ketika itu UMNO berada dalam keadaan dalaman yang cukup kucar-kacir. Hal ini disebabkan oleh Kepimpinan Yang Lemah oleh Datuk Seri Ahmad Zahidi selaku Presiden UMNO pada ketika itu.

Presiden parti hilang hala tuju dan tidak dapat menjamin kestabilan politik dalaman UMNO sehingga tercetusnya sehingga menyebabkan satu per satu MP dalam UMNO masuk PPBM.

Pada ketika itu , Lokman Adam selaku wakil UMNO juga kalah pada pilihan raya di Sungai Kandis . Keadaan terus menjadi semakin parah dan tenat sehingga Zahid Hamidi didesak oleh akar umbi dan sayap pemuda untuk sementara berehat daripada kerusi Presiden UMNO. Pucuk pimpinan UMNO diteruskan oleh Tok Mat sebagai Pemangku Presiden UMNO.

UMNO mula pulih dan semakin kuat. Organisasi dalaman semakin stabil. Tiada seorang yang keluar daripada UMNO. Kerjasaman dengan PAS dalam Muafakat Nasional semakin rapat. UMNO tiba – tiba bangkit daripada sebuah parti politik yang tidak bernyawa kepada parti politik terus menang dalam setiap pilhan raya kecil dengan kepimpinan Tok Mat.

Namun begitu , kluster mahkamah UMNO tidak pernah mencadangkan sebarang jawatan sama ada senator , menteri atau pun GLC sebagai wakil UMNO dalam kerajaan. Tok Mat bukannya dibuli oleh orang atau pihak luar. Tok Mat sebenarnya dibuli oleh pihak dalaman sendiri dalam isu terbaharu TPM pun juga tidak menerima cadangkan Tok Mat sebagai TPM.

Bukannya Perdana Menteri tidak mahu Tok Mat apabila beberapa tawaran sudah ditawarkan sebelum ini walaupun Tok Mat tidak pernah dicadangkan dan disokong oleh pihak kluster mahkamah. Sejarah hanya membuktikan kluster mahkamah yang cuba menjatuhkan martabat dan kewibaan Timbalan Presiden UMNO.

READ ALSO  Tok Mat : UMNO Allegiance Is With Muafakat Nasional & BN - Will Contest Against PPBM In GE 15

Keadaan bertambah jelas apabila pertama kali dalam sejarah dan tradisi UMNO dimana Timbalan Presiden UMNO tidak dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Dalam pada itu seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Persoalannya kini siapa yang sebenarnya membuli tradisi dan sejarah UMNO? Siapa yang sebenarnya membuli suara akar umbi UMNO yang melantik Tok Mat selaku Timbalan Presiden UMNO ?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + nine =

Most Popular

To Top